~jangan singgah kalau tak masuk~

"when my hand start talking, my tongue could only listen. "

Saturday, June 28, 2014

doa untuk Mak

 
senyum mu manis bak mawar menguntum
cinta kau suci murni lagi semerbak harum
 
sayangnya Tuhan akan mu sebenarnya tinggi menggunung
buktinya pedih ujian demi ujian yang kau harung
 
mungkin mereka lihat kau sudah hilang terpesong
jauh dari cinta Ilahi yang maha Agung
 
Tapi mereka buta akan keikhlasan mu yang sekian lama tersarung
yang terlihat mereka hanyalah salakan dan raung
 
kau hanyalah mangsa manusia yang bukan maksum
kau juga mangsa pada sisi gelap yang datang mencium
 
Doa ku pinta ku harap ku semua ku cantum
 
Tuhan
selamatkan lah hamba mu yang satu ini
pancarkanlah cahaya di hatinya yang gelap sirna penuh benci
jangan dia dicaci dikeji
hukuman ke atasnya sudah terlalu lama tanpa henti
bebaskan lah dia untuk sekali ini
biar dia terbang dalam kilauan sinar Dikau yang hakiki.


Thursday, June 26, 2014

panas

Sungguh. 
Aku tahu apa rasanya.

Mungkin panas yang aku rasa,
tidak seterik apa yang kau rasa.

Disini panas puncanya suria,
disana panas puncanya manusia.

Disini mungkin boleh 
ku bersiram tubuh
dengan air dingin
penghilang siksa.

Disana mungkin boleh
kau basahkan lidah 
dengan kalimah suci
penghilang benci dan dengki.

Panas aku ini yang luaran.
Panas kau pula yang dalaman.
Sama tapi berbeza.

Monday, June 2, 2014

monolog JK

aku serik dengan kekejaman ini
aku serik tengok kesannya
aku serik untuk lakukannya lagi
aku serik baiki kerosakannya

nanti tunggu dulu

pernahkah aku baiki kerosakannya?
pernahkah aku henti perbuatanku?
pernahkah aku serik?

entah tiada jawapan

berlari lagi?
bersembunyi?
berpaling?
buat tak tahu?

sudahlah aku tiada jawapan

kerana kepalaku terus menerus bertanya

"Kenapa?"
"Kenapa kau begini?"
"Kenapa aku?"