~jangan singgah kalau tak masuk~

"when my hand start talking, my tongue could only listen. "

Friday, December 30, 2011

Maka Muka Buku itupun Dibuka

countdown start...........now!


~ 1 mggu lagi...


maka muka buku yg bewarna biru penuh dengan status manusia pun dibuka.


~ 6 hari lagi...


maka muka buku bukan ilmiah memaparkan tips-tips kecantikan pun dibuka.


~ 4 hari lagi...


maka muka buku penuh dengan lukisan berjudul Crayon Shin Chan pun dibuka.

~ ehh? dah hari apa dah ni? I lost count!!
    owh...3 hari lagi....


maka muka buku Philosophy of Education pun dibuka. 


Semua orang bersorak sorai (terutama sekali rakan-rakan yang sangat membina, para pensyarah dan ibu bapa yang sangat prihatin tentang masa depan anak bangsa.)


mereka tidak tahu. 
mereka tidak tahu tentang apa yang berlaku setelah muka buku itu dibuka.


biarlah mereka tidak tahu.




p/s: cover depan tak semestinya menggambarkan isi didalam. contohnya, komik kartunis Malaysia;     Kaoru. Muahaha.







Friday, December 23, 2011

dan bila hatiku berkata...

bukalah pintu itu.
kerana jika tidak, engselnya akan berkarat.
takut ia tak mampu dibuka lagi.


dan bila kepalaku berkata...
jangan buka dahulu,
takut nanti salju sejuk di luar sana
datang menjengah ke dalam.


dan hatiku berkata...
biarkan salju itu masuk,
aku sudah bersedia untuk apa saja.
aku mahu merasai hidup.


dan kepalaku berkata...
hidup itu tidak selalunya selamat,
kau mampu terluka dengan hirisan
salju sejuk itu.


dan hatiku berkata...
engsel pintu itu,malahan pintu itu,
suatu hari nanti akan runtuh juga
dek salju sejuk yang gagah perkasa.
kenapa tidak aku pilih untuk bersemuka
dengannya sekarang juga?
apa bezanya nanti?


dan kepalaku berkata...
bezanya adalah kau tidak akan
merasai dinginnya sekarang,
bekunya yang mencucuk dan menghiris.


dan hatiku berkata untuk kesekian kalinya...
aku sudah buka pintu itu,
aku sedang merasai salju sejuk itu,
benar salju itu mencucuk dan menghiris,
dan lambat laun aku akan terluka,
itu pasti.
tapi, aku tidak terbelenggu lagi
dengan rasa resah
yang bagaikan jarum tajam 
menusuk pedih,
lebih pedih dari hirisan salju sejuk itu,
tentang apa yang ada diluar sana.


aku takkan tunggu arahan kau lagi,
aku takkan lari dari kenyataan lagi.






p/s: kepalaku speechless.

Thursday, December 22, 2011

bangganya


aku tak kisah pun 
dengan kelemahan kau.

aku tak kisah pun 
dengan warna merah jambu hijau
yang terang 
sampai sakit mata tu.

aku tak kisah pun
bila baca salah ejaan-tatabahasa
yang melampau-lampau kau.

aku tak kisah pun 
bila kau buat cream puff
tak bagi aku.

sikit pun aku tak kisah.
sebab aku bangga sampai aku lupa nak ambil kisah.

bangganya ada adik macam kau.

hajar yg awesome!


p/s: tahniah dapat straight A's!! :)