~jangan singgah kalau tak masuk~

"when my hand start talking, my tongue could only listen. "

Tuesday, December 3, 2013

buta

kalaupun 
aku buka mata
dan nampak cahaya
cahaya itu hitam.

kalaupun
aku lihat mentari
dan nampak sinar
sinar itu kelam.

kalaupun
aku intai langit
dan nampak dikau
dikau itu fatamorgana.


kalaupun
aku cuba memahami
logik dunia
aku tak mampu
kerana aku buta

kerana kau.

Monday, November 18, 2013

sekali lagi

aku terjatuh dari kayangan

melepasi komulunimbus

jatuh dan jatuh

dengan mata terarah

ke syurga

terus jatuh

dengan angin 

terasa menampar keras

di kepala

di tubuh

lalu jatuh

terhempas

ke tanah yang paling keras

namun

tiba-tiba

belakangku tumbuh sayap 

dan aku terbang kembali.

Moga-moga kali ini aku terbang ke arah Tuhan.

Friday, September 13, 2013

September 2013, yang ke-13

Aku mula dengan Alhamdulillah. Syukur aku pada Tuhan. Adanya Engkau sebagai tempat untuk aku mengadu dan bercetera tentang kisahku.

Aku
Aku menari di dalam hati, tanpa irama dan rentak tari.
Aku menyanyi di dalam hati, tanpa suara dan nada melodi .
Aku tertawa di dalam hati, tanpa gemersik hati yang terusik.
Aku menangis di dalam hati, tanpa sendu yang tak tertahan.
Aku menangis di pangkal dada, tanpa air mata yang berjuraian.
Aku terkaku di anak mata, melihat tubir yang mula dibanjiri.
Aku tersedar ke alam fana, apabila jari jemariku pantas menyeka.
Aku terdiam bisu, tatkala nafasku terasa sesak di kalbuku.
Aku rapatkan pintu hatiku, agar resah ini tidak terus melara jiwa.
Aku catit perasaan ini, sebagai ingatan untuk hatiku.

Kau
Kau jangan lupakan Dia. Seperti sebelum ini, seperti sebelum  sekarang,
Tatkala kau menari, menyanyi, tertawa riang, di bibir, di mata, di jasadmu.
Kau lupa.
Kau milik Dia. Jasad kau hanya pinjaman yang akan kau pulangkan
esok atau sebentar lagi.

Makanya, jangan biar hati kau terus terlupa dan tersiksa
sampai akhirnya ia mati merana.