~jangan singgah kalau tak masuk~

"when my hand start talking, my tongue could only listen. "

Wednesday, September 28, 2011

six little Indians (enam budak hitam)

one little two little three little Indians
four little five little six little Indians

one is dynamic
two is confident
three is sweet
four is funny
five is cute
six is cheerful

and there we have...
six little Indians girl.

but, sometimes one could be sweet
two could be cute
three could be dynamic
four could be cheerful
five could be funny
and six could be confident.
there's no actual criteria i guess.

the list could work in one way or another.
because these little Indians are
no ordinary little Indians,
they're the most Significant little Indians there is;

The SiXnificant.


p/s: four actually kinda cool too..muahaha

Wednesday, September 21, 2011

Slow Slumber

This morning, I thought
waking up is hard,
as I force my eyelids
to open, as
I take a quick glimpse
at my phone,
and yeah, it is morning,
it still is.

Now, why does the bed feels
like a thousand
pebbles?
the pillow feels like steel?
even the moon,
she's now snickering
at me,
even, after this long
long day.
Or, is it just the agony in me?



p/s: thanks a lot Lee sensei! jasamu dikenang selalu..ehehs

Tuesday, September 20, 2011

symphony bila jari dah rajin~

tolak, tolak, tolak lagi keatas.
"heh, siapa suruh beli spek longgar takde peletak hidung? padan muka."

ketak, ketuk, ketak.
"okeh, aku tak jumpa huruf z. ohh, tu dia.."

langkah kanan, langkah kiri, hempas badan atas katil. mulut mengunyah clorets.
"Eh jah, tak tido lagi? kau buat pe lagi tu?"

gosok-gosok mata dua tiga kali. sapu -sapu hidung dan tersengih lebar.
"eheh. sorry la bro! jari tengah rajin nak menaip ni.."

geleng-geleng kepala. tepuk-tepuk manja sebelum bangun.
"Pegi tido la makcik! Esok ko kan ada kelas"

Raba-raba belakang yang sengal ditepuk manja.
"kurang asam."

tekan shut down. baring. baca doa. tutup mata.




p/s: ye, memang kekadang teringin nak dipanggil jah. rasa kelass gituu. hehs

Monday, September 19, 2011

Memoir for the beloved..

Life,
Life as it is, is
so short,
you just can't imagine,
how much you had wasted it.

Life,
Life as it is, is
quite long,
as how God had given him,
the pleasure, the pain, the love,
he had felt them all.

Life,
Life as it is, is
vague for many
but him,
as he had gone through,
the intersession.

Life,
life as it is, is
a promise, of
hopes and dreams,
that had blinded man, of
it true purpose.

Life,
Life as it is, is
not a burden, but
a bliss, for
anyone who could see,
using the sight of the afterlife.

and life as it is, is
like a quiz show, for
you got no time to lose,
because he needed the bliss,
you and I someday
will be needing the bliss,
and the bliss of life is
the most rare and exquisite.




p/s: al-Fatihah to arwah atuk hj Selamat bin Kambari. Moga roh beliau dicucuri rahmat. ameen.

Wednesday, September 14, 2011

Never Ending Short Stories collection: Le Amour Le Fantasie

(Cerita ini ditulis pada hari dan bulan yg tak diketahui dalam tahun 2008-2009)




Dia berjalan tanpa tahu arah tuju. Tenggelam di dalam lautan manusia yang sesak kesana kemari. Bandar San Francisco itu jadi saksi bahawa dia sedang menyembunyikan suatu perasaan yang hanya sesetengah orang sahaja yang dapat memahaminya. Orang yang pernah menghadapinya. Air mata tidak mampu untuk ditakung lalu tumpah membasahi pipi. Sedih tak terhingga. Dia tidak dapat melupakan kisah, insiden, dan kejadian itu. Hatinya rabak. Dia bagai puteri yang amat setia menanti puteranya yang sudah tidak wujud. Sudah tamat kisahnya.‘The End’.

**********

San Francisco, USA
Lissa terbaring setelah keletihan berlari dari hujung padang rumput itu hingga ke bahagian tengahnya. Memandang langit yang luas terbentang. Hatinya rasa bebas. Tenang. Aman. Tidak terlintas pun sesuatu masalah difikirannya. Kosong dan lapang. Harapnya dia dapat mengecapi kedamaian ini untuk seluruh hidupnya. Harapnya…

Tokyo, Jepun
Kelopak-kelopak sakura jatuh berguguran di atasnya. Melayang jatuh tepat ke telapak tangannya. Dia meniup kelopak bunga itu perlahan. Kelopak bunga itu melayang pergi mengikut arah angin. Seperti hatinya yang bagaikan ikut serta terbang melayang. Terasa bagaikan angin membawanya terbang meninggalkan kesengsaraan. Haruman kelopak sakura bagaikan terasa dimana-mana. Iman, sungguh indah bukan…

Fantasi menyelinap di celah-celah hati dua orang insan ini. Realitinya bagaikan ketinggalan jauh dibelakang. Tidak dapat mengejar lagi. Hidup yang berdasarkan fantasi sememangnya indah. Impian pasti tercapai. Semua yang tiada jadi ada. Siapa mahu kehidupan realiti? Kekal fantasi. Impian sentiasa tercapai. Le Amour Le Fantasie...

‘ Lissa Raihana, hidup tidak berdasarkan fantasi’
‘ Harada Hafizan, tidak mungkin angin dapat menerbangkan
kesengsaraan kita’
 
**********

Lapangan terbang Kuala Lumpur menjadi destinasi. Bebola mata melilau ke sekeliling bumi yang terlalu lama mereka tinggalkan. Troli bagasi ditolak perlahan kearah tempat yang terdapat simbol kereta. ‘Teksi’. Setelah menutup pintu teksi yang boleh dikatakan seperti mini van itu, pemandunya ramah bertanya dimanakah hendak diturunkan dalam bahasa Inggeris yang fasih.
“ Uh? Er..er.. Fansiada Palace please..”. Pemandu tersebut tersenyum. “Okay!”. Kelihatan dua buah teksi meluncur pergi meninggalkan kawasan itu.

Angka sembilan sudah menerjah di kotak jam digital pada dashboard teksi tersebut. Jalanraya agak lengang ketika itu. Dia memandang suasana malam yang penuh dengan cahaya lampu di luar cermin tingkap. Tiba-tiba teksi yang dari tadi berada di hadapan teksinya terarah ke lorong kanan jalan secara mendadak dan melanggar pembahagi jalan. Pemandu teksinya menekan brek dan memberhentikan kereta berdekatan teksi malang tadi.
 
**********
 
     “ I am so sorry sir for the difficulty.Thank you very much for your big help.”
Lissa memang terhutang budi dengan jejaka yang tidak dikenalinya itu. Jejaka itu menghulurkan sapu tangannya kepada gadis di hadapannya yang dari tadi tidak sudah-sudah mengalirkan air mata.
“ Laplah air mata tu..”
Lissa langsung tak mengerti apa yang dituturkan jejaka tampan itu. Bahasa apa yang dia cakap tu? Cinakah? Atau Jepun? Jejaka itu menyedari hulurannya tidak mendapat apa-apa respon, lalu dia menyelukkan semula sapu tangan ke dalam poket sweaternya.
‘Sombongnya! Orang dah punyalah ikhlas nak hulurkan bantuan, dia boleh buat dek aje!!’ Belum sempat sapu tangannya memasuki poket, tangannya ditahan.
Tanpa sedar Lissa memegang tangan jejaka itu. Dia berfikiran mungkin jejaka itu berkecil hati kerana hulurannya tidak bersambut. Jejaka itu tampak terkejut dengan aksi spontannya itu. Bagai terkena kejutan elektrik, Lissa terus menarik tangannya kembali. “Sorry..”.Tanpa disuruh, ringan sahaja tangan jejaka itu menyapu sisa air mata yang masih ada pada wajahnya. Lissa terpempam. Jejaka itu hanya merenungnya tajam lalu berpusing dan terus berlalu pergi meninggalkannya yang masih terdampar di atas katil hospital. Lissa ternampak suatu perkataan tertulis di keychain beg galas jejaka tersebut. Hafizan-san. Kemudian, keadaan sekelilingnya menjadi kelam.
 
*********

Akhirnya, sampai juga dia ke destinasinya. Fansiada Palace. Tidak terlintas langsung di kepalanya yang dia akan mengalami kemalangan. Pemandu teksinya tiba-tiba hilang kawalan semasa dalam perjalanannya tadi. Rupanya, pemandu tersebut diserang penyakit gastrik secara mendadak. Insiden dulu bagaikan bermain semula di kotak fikirannya. Trauma itu. Tak mungkin dia akan lupakan peristiwa itu sampai bila-bila.
“Cik, boleh saya bantu?” Tanya pengawal yang menjaga pintu masuk tempat tersebut.
“ Er..Does Senorita lives here?” “ Senorita?” berkerut dahi pengawal muda itu. Ah..apa nama dia ya..Rita,Ria.. Oh ya, Riana! “ I-I mean a lady names Riana. Does she lives here?” “ Oh, Puan Sri Riana. Ya, memang dia tinggal disini. Cik ada apa-apa hal yang penting ke nak jumpa dia? Kalau tidak, saya rasa mungkin lebih baik cik jumpa dia esok sebab hari pun dah larut malam ni. Takut mengganggu penghuni-penghuni lain..” Lissa mengeluh.
“ Tapi saya…” pengawal itu memotong. “ Cik ada apa-apa hubungan ke dengan Puan Sri?” Lissa menggigit bibir bawahnya spontan. ‘Alamak, aku tak ada apa-apa hubungan dengan Senorita!’ Tapi dia memang ada hal penting yang ingin dikatakan pada Puan Sri Riana. “ Kalau saya memang ada hubungan dengan dia, saya boleh masuk ke?” tanya Lissa pantas. Pengawal itu tersenyum kecil. “Jika cik ada hubungan dengan Puan Sri, pastilah saya benarkan cik masuk..” Tiba-tiba terlintas sesuatu di mindanya. “Saya anak saudara dia..”.
 
**********

“Fik tak tahu pulak auntie Riana ada anak saudara dekat San Francisco..” Fikri memandang hairan ke arah Lissa. “ Mungkin auntie lupa nak bagitahu kita kot..” balas Iltizam. “Maybe. Tapi Lissa, are you really from San Francisco? Your malay is quite well..” sampuk Shakif. Lissa mengukir senyuman semanis yang boleh sedangkan hatinya bagai memberontak mengatakan hanya dia sahajakah perempuan yang tinggal di muka bumi ini?
‘Aku tak tau la pulak yang Senorita punya anak saudara semuanya lelaki. Hai..haru betul..’
“ Lissa, tak payahlah ambil kisah sangat dengan apa yang diorang tu cakap. Diorang ni masih tak dapat terima lagi kot cousin perempuan dalam family ni.” Kata Puan Susie sambil menghidangkan sarapan ke atas meja makan.
Kata-kata Puan Susie itu agak mencuit hatinya.
‘Kenapa diorang lagi kisah tentang fakta yang aku ni the only sepupu perempuan diorang dan kebolehan aku bercakap dalam Bahasa Melayu? Rasanya, yang patut diorang kisahkan is wether I’m truly their cousin or not in the first place! Hm..pelik..’
“ Saya pernah menetap 5 tahun dekat Malaysia. When I was about thirtheen.” Jawapannya itu menjawab segala persoalan tentang kefasihannya dalam menggunakan bahasa ibunda.

“ Akif, where is your brother?”tanya Puan Susie kepada anak bongsunya itu. “ Entah, tadi pagi-pagi lagi abang Dent dah keluar jogging. Kejap lagi baliklah tu.” Jawab seorang jejaka yang wajahnya iras Puan Susie.
“ Orang Jepun ni memang suka bersenam pagi-pagi iye?” jejaka yang bernama Iltizam itu berkata. Lissa sedikit pun tidak mengambil endah perbualan mereka dan meneruskan suapannya.
“ Memanglah, diorang jaga kesihatan, bukannya pemalas macam kau Tiz!” balas Fikri.
“ Hei, selambanya cakap aku malas, setiap hari aku exercise tau! Kau mana tau..” kata Tiz selamba.
“ Ha’ah, exercise ma-ta.” Kata Fikri sinis.
“Exercise mata?” suara itu mengejutkan mereka. Lissa yang dari tadi bagai tidak wujud mula bersuara. Syakif ketawa kecil. “ Maksudnya tidurlah..”
“ Oh..” Lissa ketawa kecil. Semua mata tertumpu kearah gadis bernama Lissa. “Cutelah muka Lissa masa gelak macam tu..”kata Akif sambil tersenyum. “ Fik, ada orang nak isi borang la..” kata Tiz nakal. “ Ni, yang buat aku tercabar ni..” Fik menambah. Ketawa mereka semua lepas. Lissa kelihatan terpinga-pinga. Tak faham. Puan Susie tersenyum senang.
“ Auntie memang teringin sangat nak ada seorang daughter macam Lissa. Boleh buat kawan.” Bulat mata Lissa.
“ Auntie tak ada anak perempuan ke?” Geleng.

**********

Setelah selesai bersarapan, Lissa membantu auntie Susie mencuci pinggan mangkuk. Rupa-rupanya senorita tiada di sini. Dia sudah ke luar negara kerana urusan peribadi. Jadi, apa aku buat disini sekarang? Apa-apa pun, aku tak boleh tinggalkan villa ni macam tu aje. Keluarga senorita terlalu baik bagi aku. Lebih-lebih lagi auntie Susie. Walaupun baru kenal sehari, mereka sudah menjadi sangat rapat. ‘Agaknya, sebab dia tak pernah ada anak saudara perempuan kot. Tapi alasan tu sangatlah tak logik!’
Semasa sedang asyik mengelamun, tiba-tiba pinggangnya di peluk seseorang dari arah belakang. “Good morning!” Lissa terkejut bukan kepalang. “Aaaaahh!!!” Terlepas pinggan di tangannya lalu jatuh berderai ke atas lantai. Hafizan terasa seperti dilibas penyapu lidi apabila melihat gerangan yang baru dipeluknya tadi bukan mamanya. Lissa terus duduk mengutip serpihan pinggan yang berderai. Tidak dilihat siapa gerangan manusia yang memeluknya secara ‘free of charge’ sebentar tadi kerana mukanya sudah mula memerah.
“Er.. sorry, saya ingatkan awak mama saya.” Hafizan turut ikut menolong mengutip serpihan kaca di atas lantai. “ It’s okay..” balas Lissa sambil tersenyum memandang muka jejaka di hadapannya. Yang pasti jejaka itu bukan Syakif, Iltizam atau Fikri. Mata mereka berdua terpaku apabila saling berpandangan. ‘Eh, dia ni!!’ “ Lissa, what happen?!” Akif yang datang entah dari mana tiba-tiba muncul. “Eh, abang Dent! Apa abang buat kat sini?” Lissa merasakan yang dia sedang menonton drama Korea yang tiada subtitle. Tak faham langsung apa yang berlaku. Akhirnya, jejaka yang digelar Dent tadi bersuara.
“ Nothing, abang ingat dia ni mama tadi. Bila pulak maid ni start kerja dekat sini, yesterday takde pun?” Hafizan mencapai plastik sampah dan memasukkan serpihan pinggan ke dalamnya sebelum plastik itu dihulurkan ke muka Lissa yang masih dalam posisi duduk.
‘Dia kata aku ni maid? Rupa aku ni ada rupa orang gaji ke?’ Lissa mengerutkan kening.
“ Maid? Bukan maidlah, tapi bakal adik ipar.”gurau Akif nakal. Hafizan mengalih pandangannya ke arah Lissa. “Oh, really?” balasnya pendek. ‘Entah kenapa macam ada nada sinis disitu..’ detik hati Lissa. Pandangan matanya yang galak tepat menikam wajah manis Lissa. Lissa menundukkan kepalanya laju.Jantung Lissa bagaikan mahu luruh apabila ditenung begitu.
“ Er..t-t-tak, saya bukannya maid atau er..” ‘Ya, ini adalah salah satu masalah aku kalau kena bercakap dengan orang yang suka tenung aku. Tenungan tu macam dah melepaskan seekor Godzila jahat yang tengah seronok memusnahkan struktur bangunan ayat yang mahu keluar dari mulut aku. Tiba-tiba je aku boleh jadi gagap.’rungut Lissa di dalam hati.
“atau bakal adik ipar?”potong Hafizan. Lissa yang sejak tadi menunduk mengangkat muka. Eh, mana menghilangnya Syakif ni? Cuma tinggal aku dengan mamat ni aje ke dekat dapur yang tak berapa selamat untuk melarikan diri? “ Hei, orang tanya ni!” Lissa pantas menggeleng. “ Sebenarnya saya…er…” belum sempat Lissa habiskan ayatnya, jejaka itu sudah berlalu pergi.

Pemuda yang bernama Hafizan itu merupakan abang kepada Syakif Idham. Raut mereka nyata berbeza. Perwatakan mereka pun turut berbeza. Diakah jejaka yang membantu aku semalam? Wajah mereka hampir serupa! Tetapi pemuda semalam itu bertutur dalam bahasa jepun dengan fasih. Sedangkan Hafizan langsung tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia itu fasih berbahasa jepun. Lagipun, bukankah auntie Susie dan suaminya berbangsa melayu? Tetapi, kelakuan mereka serupa. Merenung tajam dan kemudian berlalu pergi tanpa kata. Ish, tak mungkin dia.. tak mungkin Hafizan..

***********

“ Er..rasanya pukul berapa auntie balik?” Susie memandang lembut raut manis Lissa. “ Lebih kurang pukul 7.00 pagi..” Lissa terkejut mendengar pernyataan itu. “ Esok ke?” “ Takkanlah hari ni kot, kelakarlah Lissa ni..function auntie tu sampai lewat malam. So, it’s better auntie tidur hotel jelah kot..” Lissa hanya sekadar mampu untuk tersenyum tawar dalam keadaan terpinga-pinga. “ Okey, got to go now, take care honey!” ucap auntie Susie sebelum kedengaran deruman kereta sedang meluncur pergi.
‘ Auntie Susie ni biar betul? Dia tinggalkan aku sorang-sorang kat rumah yang ada seguni lelaki ni?! Hm… apalah yang akan berlaku nanti..’ Lissa harap tidak adalah apa-apa perkara buruk menimpanya. Hanya dia seorang sahaja yang sedang duduk bersantai di atas sofa ruang tamu villa itu. Bersantai? Lebih kepada duduk dalam keadaan resah sebenarnya. Dari tadi dia berdiri kaku di luar rumah selepas Puan Susie pergi. ‘ Bosannya… kalau ada auntie Susie bolehlah juga diajak berbual..’ Punat merah alat kawalan jauh untuk televisyen itu ditekan. Minda Lissa ligat bekerja, merancang apa yang sepatutnya dia lakukan selepas ini.
‘ Hm..kalau ikutkan apa yang auntie Susie cakap, senorita pergi Indonesia seminggu. Maknanya, lusa la dia balik sini. So, apa yang aku kena buat? Takkanlah nak lepak-lepak Malaysia sesuka hati je dekat rumah orang macam ni.’ Lissa menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Seperkara lagi, Lissa terus menggigit bibir apabila teringat tentang penipuannya kepada keluarga Senorita dengan mengatakan dia anak saudara Senorita. Sambil Lissa berfikir, jarinya menukar siaran beberapa kali sehingga ke siaran tentang sukan. ESPN.
‘ Itu alasan paling tak logik. Tapi entah kenapa diorang percaya. Ke diorang buat-buat percaya?! Tak mengapalah, malam nanti aku keluar senyap-senyap dari rumah ni dan lepas tu..’ bibir bawahnya terus digigit. Terpapar satu perlawanan bola sepak di skrin. Lissa memang tidak beberapa minat dengan bola sepak. Belum sempat jarinya menekan punat untuk menukar siaran lain tiba-tiba…
“ Wei korang, Manchester United lawan Chelsea seh!” terdengar laungan seorang jejaka. Kemudian kedengaran suara-suara lain. “ Betul ke?! Alamak, dah nak dekat habis separuh masa kedua la..” Iltizam merungut lalu melompat duduk di atas sofa berdekatan Lissa. “ Manalah aku tahu, ni pun nasib baik Lissa bukak channel sport. Kalau tak, melepas terus!” Syakif membalas sambil melabuhkan punggungnya ke atas sofa disebelah Iltizam. Dan kemudian.. “Oii.. sampai hati tengok bola tak ajak aku!!” Fikri entah datang dari mana terus duduk di sebelah Lissa. “ Ehem!” tak semena-mena Tiz bangun dan duduk disebelah kiri Lissa. Lissa sudah kelihatan tidak sedap duduk. Syakif menjeling tajam ke arah sepupu-sepupunya itu. “ Wei korang ni, lebih-lebih la pulak!!” “Alamak Tiz, ada sorang mamat tu jelous la!!” usik Fikri sebelum ketawa mereka berdua lepas. Kemudian, dua bantal melayang dan tepat mengena muka dua ‘kutu’ yang sedang duduk bersebelahan Lissa itu. Lissa pula sudah lupa terus masalah yang sedang bermain difikirannya sebentar tadi dan ikut ketawa.

***********

Lissa meninggalkan ruang tamu sambil ketawa kecil. ‘ Hei, macam-macamlah diaorang ni..’ Perlawanan bola sepak tadi itu sebenarnya akan ada ulangan sebentar lagi. ‘Nak buat apa ya?’ Lissa terfikir-fikir apa yang harus dia buat sekarang. ‘Oh ya, pasal rancangan nak keluar dari rumah ni malam karang.” Lissa mengeluh. Dia berat hati untuk pergi begitu sahaja. Namun, alasan apa yang sepatutnya dia berikan pada penghuni rumah ini yang menyambut baik kehadirannya. Tiba-tiba, muncul satu idea di mindanya. ‘Kalau nak tambat hati lelaki, kita kena jaga perutnya dulu. So, apa kata aku masakkan sesuatu untuk diorang ni. At least, tak la nampak kureng hajo sangat kan bila aku blah nanti.. Eh, tapi, petua tu macam untuk isteri yang nak tambat hati suami. Apa kena mengenanya dengan situasi aku sekarang ni? Alah, kira halal lah tu…yang penting niat aku baik.’ Lissa mengangguk-anggukkan kepalanya sambil berjalan kea arah dapur. ‘hm..apa kata aku masak sphagetti!’ Kebetulan auntie Susie tidak memasak apa-apa untuk mereka malam itu. ‘Okey, jom buat sphagetti!!’. Sewaktu Lissa ingin melangkah masuk ke ruangan dapur, tiba-tiba dia terdengar… “GOOOL!!!” ‘ Eh, siapa pulak dekat dapur ni?!’ Lissa kelihatan agak terkejut apabila mendapati ada seorang jejaka sedang duduk di meja ruangan dapur itu sambil menonton televisyen yang memang disediakan disitu. Apa mamat ni buat kat sini?!!

“ Oh, hai ‘cik maid’!” jejaka itu menyapa. Cik maid? Maid ke? Aku bukan maidlah!! “ Er.. sebenarnya saya bukan…” seperti dahulu jejaka itu memotong percakapannya. “ Boleh tolong masak something tak? Lapar la…” Ucap jejaka itu sambil tersenyum. Lissa terpana.‘Aiseh, handsome la pulak mamat ni bila dia senyum macam tu…’ Hafizan memandang hairan ke arah gadis dihadapannya itu. “ Lah.. ni apasal senyap pulak ni…” Bagaikan tersedar dari lamunan, Lissa terus mengangguk. “ Okey, saya masak sesuatu..” Lissa berlalu ke ruangan memasak sambil tersenyum pahit.

Dia memandang ke arah jejaka tampan di hadapannya. Tangannya sedang sibuk memotong tomato untuk dibuat kuah sphagetti. Tak semena-mena pandangan mereka bertembung. “ Siapa nama awak, cik maid?” “ Ah? Ouch!” Dia memandang ke bawah. Dia telah terpotong jarinya sendiri.
“ Aduh…” Hafizan bingkas bangun apabila melihat gadis itu tiba-tiba mengerang kesakitan. “ Kenapa?!”tanyanya cemas.
 
************

Lissa memandang jarinya yang berbalut. Perbualannya dengan jejaka yang bernama Hafizan itu sebentar tadi bagai terlayar semula. “ Oh, jadi nama awak ni, Lissa Raihana. Hm.. nice name..” kata Hafizan sambil menyapu ubat di atas jari Lissa yang luka. “ Tapikan,saya lebih suka panggil awak Raihan..” jejaka itu terus mengomel. “ Er.. ke,kenapa?” tanya Lissa gagap. ‘Hi…apa yang dia mengarut ni..’ Jantungnya bagaikan mahu tercabut apabila Hafizan tiba-tiba mencapai jarinya yang luka untuk disapukan ubat seketika tadi. “ Entahlah, dengar macam lebih sweet. A-tau, awak lagi suka saya panggil awak ‘cik maid’?” balasnya sambil tersenyum nakal. Lissa pantas menggeleng. “ Taklah!”. Seumur hidupnya, di San Francisco,
mahupun di sini, tiada sesiapa yang pernah memanggilnya dengan nama itu, Raihan.
Kecuali daddynya yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya.
“ Okey.. mulai sekarang, saya akan panggil awak Raihan t.c.m..”. “ Hah?!”
‘ t.c.m.? Apa tu?’ “ Raihan, the cik maid!” Bulat mata Lissa tika itu. ‘Maksudnya, Raihan, cik pembantu rumah! Eii..jahatnya dia ni..!’ Tanpa pamitan, tiba-tiba Hafizan mencuit hidung Lissa sambil tersenyum dan terus berlalu dari situ.

************

Hari ini dia terpaksa bekerja lebih masa lagi. Hospital swasta yang terletak di Damansara itu memang selalu sibuk tidak kira siang atau malam. Iman berlari-lari anak menuju ke wad ICU sambil memegang beberapa fail dan stetoskopnya. ‘ Hish…baru second day aku kena tukar kat hospital ni, dah kena buat kerja lebih masa’. Beberapa orang jururawat yang berlalu disitu ramah mengucapkan ‘hai Doktor Iman!’ kepadanya. Memang tidak dinafikan, rupa parasnya memang kacak. Ditambah lagi dengan statusnya sebagai seorang doktor pakar dan status tambahan, ‘double s. w. g. - still solo without girlfriend’, sudah tentu semua kaum Hawa yang masih solo di Hospital tersebut akan berusaha men‘tackle’nya.

***********

“ Wah, sedapnya bau…” kata Fikri lalu mengambil tempat disebelah Hafizan yang sedang menjamu selera. “ Mana Tiz dengan Akif?” tanya Lissa hairan. Sejurus selepas itu, kedengaran suara-suara yang seakan-akan menjerit. “ Ya Allah!! Macam tu punya bola pun boleh past ke?!!” kemudian diikuti dengan suara lain. “ Woi!! Pergi balik la oii!!! Baik kasi kucing aku je jadi keeper lagi bagus!!”. Seketika kemudian, muncul kelibat Iltizam dan Syakif dengan raut wajah bagai tin sardin kemik yang sudah expired.
“ La..apasal ni?” tanya Lissa double hairan. “ Biasalah Raihan… bila kita menyokong satu pasukan yang ‘kureng’ terel, masalah-masalah seperti rungutan tak puas hati dan membentak marah tak memasal setiap kali habis satu game adalah perkara yang sangat nor-mal.” hujah Hafizan dengan nada yang amat melucukan. Kemudian Fikri menambah. “Nak buat macammana, Chelsea memang terel. Ish! Tak boleh, tak boleh, tak boleh. Mana boleh cakap macam tu….kesian kat korang berdua, Manchester kalah….” Ucap Fikri penuh dramatik. “ Tapi Dent…” lembut suara Fikri kedengaran sebelum dia menyambung. “ Chelsea menang 3-0 seh!!!” diikuti dengan sorakan padu Hafizan, “Yeah, Chelsea, go brother!!” Dan terciptalah satu sketsa dimana ada dua jejaka bersorak gembira, dua lagi menunjukkan ekspresi macam ‘tin sardin kemik yang dah expired’disertakan kutukan-kutukan padu kepada pasukan favourite mereka sendiri, manakala si gadis seperti biasa, terpana tidak memahami apa yang berlaku.. –slow betul la minah ni-

************

Iman menolak pintu yang tertera nama ‘Dr. Iman Hafizan’ lalu melemparkan stetoskopnya ke atas meja. Dia tersandar keletihan di atas kerusi ‘king size’nya. Iman melihat waktu pada telefon bimbitnya.
‘ Hm..dah pukul 1.30 pagi.’. Kemudian, baru dia tersedar ada tulisan yang mengatakan dia mendapat satu mesej baru. Punat ‘read’ ditekan.

Iman, smlm kau smpi sini lmbt ke?
Aku x smpt nak jemput kau kat airport
sbb aku ada hal kecemasan.
Nnti kita jmpa ok.
Jgn lupa bwk skali brg aku 2!!
-Fakih-

Setelah membaca mesej tersebut, motorola razr miliknya itu dilemparkan ke atas meja, bersebelahan dengan stetoskopnya tadi. Rakan karibnya yang menghantar mesej tadi. Rakannya itu memang cuai. Jika tidak, sudah tentu dia tidak akan terlupa bahawa dia sudah tertinggalkan barangnya yang sangat penting sebelum bertolak dari Tokyo,Jepun ke Malaysia. ‘ Hei, Fakih,Fakih. Bilalah sikap ‘mak nenek’ kau tu nak hilang?’.

***********

Jam berdetik tepat pada pukul 12.30 malam. Tiba-tiba kedengaran bunyi telefon berdering. Kemudian diikuti dengan bunyi tapak kaki yang sedang melangkah turun dari tangga. “ Hello, siapa tu?” tanya Lissa yang masih dalam keadaan ‘mamai’. “ Ini dari Hospital Kebangsaan Damansara…”

     Fikri memecut kereta selaju mungkin. Panggilan telefon seketika tadi sememangnya bukannya suatu petanda baik. Pihak Hospital Kebangsaan Damansara memberitahu bahawa auntie Susie telah menghadapi kemalangan dan sedang dirawat di bilik rawatan kecemasan. Lissa sudah teresak-esak dari tadi. Shakif dan Hafizan hanya berdiam diri. Namun, wajah mereka memang benar-benar tampak keruh. Iltizam pula sedang menghubungi ibunya, Puan Sri Riana untuk menyampaikan berita tentang insiden malang yang menimpa ibu saudaranya. Semasa kenderaan yang mereka naiki melalui jalan yang bersimpang empat, tiba-tiba sebuah lori meluru dari simpang di sebelah kanan mereka. Fikri tidak sempat menekan brek kerana kereta itu dipandunya terlalu laju. Lalu…………

**********

Lissa Raihana cuba untuk membuka kelopak matanya yang terasa amat perit. Pandangan mata yang tadinya samar-samar beransur-ansur jelas. Dia sedang terbaring dia atas katil di dalam sebuah bilik. Wad hospital rupanya. Kedengaran bunyi pintu wad tersebut dibuka. “ Oh, you’re just wake up. How are you?”seorang jejaka menyapanya. Tertera nama
‘Dr. Iman Hafizan’ di name tag miliknya. Lissa sekadar mengangguk. Kemudian seorang jururawat memasuki wad itu.
“ Em, doktor, apa dah terjadi sebenarnya?” tanya Lissa lemah. Kepalanya terasa sangat sakit. Doktor muda itu tersenyum. “ Kepala cik terhentak kuat masa cik accident. Tapi, cik jangan risau. Just rehat secukupnya dan jangan fikir kuat sangat, okey.” Lissa memandang doktor itu lama. Dia rasa ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya. ‘Sekejap, siapa saya?’ Lissa cuba untuk berfikir. Dia tidak ingat apa-apa lagi. Tetapi kepalanya jadi bertambah pusing dan sakit. Lalu, semua menjadi gelap.
 
******** 
Hafizan berlari-lari anak ke arah kaunter pertanyaan Hospital Kebangsaan Damansara.
“ Minta maaf nurse, tumpang tanya. Ada tak pesakit bernama Lissa Raihana?” Jururawat itu bertanya ramah. “Sorry, encik ni siapa?” “ Oh, saya abang saudara dia..” Jururawat tersebut mengangguk lalu beralih ke komputer di hadapannya dan mencari nama pesakit yang bernama Lissa Raihana. “ Em, minta maaf encik, tak ada pesakit yang bernama Lissa Raihana. Yang ada cuma Melissa sahaja.” Hafizan berasa hampa. “ Nurse, boleh bagitahu dia di wad yang mana?” jururawat itu mendongak. “ Maksud encik pesakit yang bernama Melissa? Dia berada di wad 308, tingkat 4, blok A.” Hafizan menangguk. “ Terima kasih nurse.” Dia terus bergegas ke arah lif Blok A.

***********
 
     Doktor Iman menarik tombol untuk menutup pintu wad 309. Pesakitnya baru saja terlelap akibat ubat penahan sakit yang telah diberikan. Di luar sikap profesional sebagai seorang doktor, dia berasa kasihan terhadap pesakit tersebut. Pesakitnya itu bukan sahaja kehilangan ingatan, malahan tidak ada apa-apa dokumen yang menyatakan siapa keluarganya. Jadi, pihak hospital tidak dapat menghubungi sesiapa yang mengenali pesakit tersebut. Apabila Iman berpusing, seseorang telah melanggarnya dan mendorongnya ke belakang.
‘Aduh, siapa pulak yang jalan tak pakai mata ni…’. Keluh Iman di dalam hati. “Sorry encik, saya terleka tadi..Eh, kau..” kata gerangan yang melanggarnya sebentar tadi. Iman mendongak. Fakih!
“ Eh, kau kenapa? Apa kau buat kat sini?” Iman melihat wajah sahabat karibnya itu. Ada plaster di dahinya, bawah dagunya dan kelihatan ada balutan di tangan kanannya. Fakih hanya tersenyum kelat. “ Aku, aku accident tadi. Tapi aku okey, cedera ringan je..” Bulat mata Iman. “ Kau accident?! Macammana boleh accident ni..?” Fakih mengeluh. “ Im, sorry la, boleh tak kita cerita nanti. Aku ada hal sikit la sekarang ni.” Iman terdiam sebentar kemudian mengangguk. “ Okeylah, nanti kita jumpa orait..”.

*************

Hafizan terus mengetuk pintu wad yang tertera nombor 308. Beberapa saat menunggu akhirnya pintu wad tersebut terbuka juga. “ Ya, sekejap..” Hafizan terpana memandang gerangan yang membuka pintu. “ Tiz!” Iltizam memandang Hafizan lega. “ Dent, kau rupanya. Nasib baik kau tak apa-apa..” Hafizan memandang hairan sepupunya. “ Kenapa? Apa dah jadi?” Hafizan terdiam apabila memandang dua orang pesakit yang berada dalam wad tersebut. Salah seorang daripada pesakit tersebut ialah mamanya, Puan Susie. “ Kenapa mama aku ada kat wad ni?” tanya Hafizan hairan.
“ Semua wad dah penuh. So, auntie terpaksa menumpang kat wad ni buat sementara waktu.” Hafizan mengangguk faham, kemudian dia teringat sesuatu.
“ Tiz, Fikri, Syakif dengan Lissa mana?” “ Fikri cedera teruk.Tapi, dah stabil la sekarang. Baru tadi aku pergi tengok dia. Wad dia nombor 325. Tingkat ni jugak. Syakif pulak cedera ringan. Doktor tengah rawat dia sekarang. Lissa..” Iltizam nampak risau. “ Aku dah cuba tanya nurse kat kaunter, tapi takde sesiapa pun yang tahu kat mana Lissa sekarang. Dent, aku risau gila kat Lissa ni…”
Hafizan mengeluh berat lalu duduk di kerusi pelawat yang disediakan. “Semua ni jadi sekelip mata aje.. Susah aku nak percaya..” Memang benar, segalanya berlaku secara drastik. Semasa mereka bergegas untuk ke hospital apabila mendapat tahu ibunya kemalangan. Entah bagaimana kereta yang dipandu oleh Fikri boleh berlanggar dengan sebuah lori. Hafizan masih ingat, ketika itu dia, Iltizam dan Syakif yang duduk di bahagian kiri kereta telah tercampak keluar. Lori tersebut telah merempuh bahagian kanan kereta dimana Lissa dan Fikri berada. Dia hanya mampu menjerit nama mereka berdua sebelum dia pitam. Kemudian, apabila dia tersedar, dia sedang terbaring di atas katil hospital. Disebabkan kecederaannya ringan sahaja, dia dibenarkan keluar dari wad hari itu juga.
“ Dent, aku nak pergi beli makanan kejap kat bawah. Kau nak apa-apa ke?” tanya Iltizam. Hafizan hanya menggeleng. Apabila Iltizam hendak membuka pintu, pintu tersebut telah dibuka daripada luar. “ Akif, kau rupanya. Macam mana, dah okey?” Iltizam bertanya. Dapat dilihat tangan kiri Syakif yang dianduh. Apabila memandang abangnya juga berada disitu, Syakif tersenyum tawar. “ Aku okey. Tangan kiri aku ni je, problem.” Iltizam mengatakan yang dia hendak ke kedai serbaguna di tingkat bawah, lalu berlalu keluar. Syakif mengambil tempat di sebelah abangnya. “ Abang Dent, tau Lissa kat mana?”
“ Tak..” jawab Hafizan pendek. “ Abang rasa nak buat police report..” sambungnya. Syakif mendengar cadangan abangnya sambil memandang kosong ke arah mamanya. “ Harap mama cepat-cepat la sedar..” kata Syakif perlahan. Hafizan hanya mampu menepuk bahu adiknya. Memberi semangat. Selepas kematian papa, mama merupakan insan terpenting buat mereka berdua. Syakif takut, mamanya juga akan mengikuti jejak papa.


p/s: yeah. ni pun cerita tak habis. kalau korang bg motivasi. maybe aku akan habiskan. ehehs

Never Ending Short Stories collection: Story of Cinta aku, Azmir Putra

(Cerita ini ditulis pada hari dan bulan yang tak diketahui dalam tahun 2006-2007.)




Suasana kelas tingkatan enam Bestari yang riuh rendah bertukar menjadi senyap apabila seorang guru masuk ke kelas itu. Di sisinya terdapat seorang pelajar lelaki yang sedang tersenyum simpul.. “ Okey, perhatian semua pelajar tingkatan 6 Bestari, kamu semua akan menerima seorang pelajar baru di kelas ini. Saya harap kamu semua sentiasa bekerjasama dengan sahabat baru kamu ni” ucap guru tadi lalu bergegas keluar.
  “Assalamualaikum, nama saya Mohd Azmir Putra bin Abdullah. Korang semua boleh panggil saya Azmir atau..” Tidak sempat Azmir menyambung katanya seorang pelajar perempuan bernama Lea Sofia memotong. “ panggil Putra tak boleh ke?” Azmir memandang tepat ke arah pelajar perempuan itu.“ Baru nak cakap, of course boleh. Plus, panggil abang lagi boleh.” Huh, orang tanya sikit2 dia jawab lebih-lebih pulak. Lea berasa meluat yang amat sangat terhadap jejaka yang bernama Azmir Putra itu. Pelajar perempuan kelas tingkatan 6 Bestari mendendangkan lagu riang kerana ‘jejaka idaman’ sudah muncul. Tetapi bagi gadis yang bernama Lea Sofia pula tajuk lagunya berbunyi begini; ‘ Oh mat Romeo, mahu sahaja aku cincang badanmu menjadi kepingan shushi segar! ’
********
Penerimaan aku dekat sekolah ni bolehlah dikatakan menggalakkan. Terutamanya pelajar perempuanlah. He,he, takkan la lelaki maskulin dan tampan macam aku ni boleh kalah kot. Cuma dengan satu gadis ni aje aku ada problem sikit. Lea Sofia namanya. Disebabkan aku melangkah turun tangga terlalu pantas, tiba-tiba kakiku tidak berjaya memijak anak tangga lalu terjatuh ke hadapan. Entah malang apa yang menimpa aku hari ini, aku terjatuh lalu terhimpap seorang ‘awek’ di hadapanku. Aduh, jatuh standard..“ Awak okey?” tanyaku cemas. Dengan sekali pandang sahaja aku dapat mengetahui bahawa gadis itu ialah Lea Sofia, gadis pujaanku. “ Hei, tak nampak ke orang kat depan ni? Dua biji mata tu letak kat mana hah!” Dia melenting. Hui, garang nyer.. “ Dekat mana ya?” kata Azmir selamba.“ Hei! Awak ingat awak tu macho sangat ke? Awak tahu tak, dalam negara Malaysia ni ada ramai lagi lelaki yang lebih handsome dari awaklah. Tak payahlah perasan!!” balas Lea lantang hingga berdengung telinga semua pelajar yang berada disitu.
“ Oh, jadi awak rasa saya ni memang handsomelah ya, cuma belum lagi dapat award jejaka paling kacak dan maskulin di dunia. Ooh.. macam tu..” Lea Sofia menjegilkan matanya. Geram. Memang manusia tak ada perasaan!!!!!
 ********
      “Mir, aku dengar hang kena penyembur original dengan merpati putih kat tangga tadi, betui ka?” tanya Shahril teman rapatnya yang memang pekat dengan loghat utaranya. “ Merpati putih mana pulak lah yang kau cakapkan ni Shah? Ni mesti kes kau mengidam nak makan daging burung merpati ni..” Shahril mengeluh geram. “ Hang ni, bila masanya pulaklah aku dok kata pasai mengidam nak makan daging burung merpati ni.. Maksud aku si Lea gadis yang hang dok gilakan tu la.. Itu pun hang tak boleh nak paham. Tu la, aku ajak hang masuk kursus sastera ngan aku, hang tak mau. Tengok perkara kecik macam ni pun hang tak tau..Mir, Mir..” Azmir hanya sekadar tersengih. Mamat sorang ni, kalau dalam hal-hal membebel, pasti dialah yang paling handal. “ Lagi satu hal.. hang dah kata belum yang hang nak jadi marka dia?” “ Marka, marka ape?”Azmir kehairanan. “ Hang ni, tu pun tak tau, marka tu.. boyfriend la cik abang oi..” Kata Shahril sambil membetulkan kaca matanya. Hm.. entahlah Shah, kalau aku cakap agaknya dia terima tak? “ Shah kau nak tau tak kau ni serupa dengan siapa?” “ Sapa?” Shah mengangkat kening. “ Macam makcik kantin yang selalu membebel pasal kantin tu kotor, tau tak! ‘Budak2 ni, tak reti2 ke nak letak mangkuk kat atas besen ni hah’…” Secara spontan Shah membalingkan bantalnya ke muka Azmir. “ Pandai sangatlah hang..mangkuk letak kat dalam besen bukan atas besen. Dan yang selalu kena bebel tu, hang la..” Kata Shah sambil berlalu. Azmir Putra ketawa kecil sambil matanya mengekori gerak langkah temannya itu.

 ********
      
        ‘Buk!!’ Lea Sofia menghempaskan dirinya ke atas sofa ruang tamu. Kemunculannya yang tiba2 membuatkan Ria Caterina yang sedang menghirup fresh orange tersedak.“ Lea ni kalau nak masuk tu bagilah salam dulu. Ini main rempuh aje! Ni mesti ada apa2 ni.. Kenapa Lea, porke?”. Oleh sebab bapa mereka berbangsa Mexico jadi mereka menetap agak lama di negara tersebut dan masih terikut-ikut dengan bahasa Sepanyol dalam percakapan. “ Kalau kak Ria nak tahu. Tadi masa Lea kat tangga nak pergi library, tiba2 je Mat Romeo tu entah datang dari mana jatuh atas Lea. Mana Lea tak geram. Dah la badan tu berat, mintak maaf pun tak, lepas tu boleh perasan macho!” Lea menempiaskan kemarahannya. “ La.. kenapa tak terpeluk je. Hei.. tak romantica langsung!! Kalau kak Ria jadi Lea, kakak biar je dia terpeluk kakak. Lama2 pun takpe.” Lea memasamkan lagi raut wajahnya. “ Alah Lea, kakak Lea yang sorang ni memang tak habis2 dengan ‘roman tikus’ tak pun ‘roman tikar’ dia tu. Belum habis lagi angau dia dengan pakwe lama dia si Fernando Feried Merrican tu agaknya. Silap sebut jadi ‘nando’s peri2 chicken’!!” Abangnya Lucas Amizan yang datang entah dari mana menyampuk, terus duduk di atas sofa bersebelahan Lea.
“ Ohoho, kelakarnya…” Ria Caterina memasamkan muka. “ Eh, dah lama tak makan nando’s kan?” Lucas Amizan memang sengaja hendak bermain dengan api. Ria Caterina berasa berang lalu mengejar abangnya itu. Huh, kalau cakap apa2 masalah dekat orang macam diaorang ni, bukannya makin kurang masalah, makin bertambah ada la!!
********

Sebelum Azmir Putra berpindah ke sekolah ini, Lea Sofia merupakan pelajar yang selalu mencapai prestasi yang cemerlang dalam tingkatan 6 Bestari. Namun kini, Lea sudah mendapat seorang pesaing yang hebat. “ Ayu, aku tak fahamlah, kenapa si Mat Romeo tu asyik dapat markah paling grand aje??” Ayuni hanya sekadar memandang wajah Lea Sofia yang masam mencuka.Walaupun telah berusaha bersungguh-sungguh, Lea tetap dikalahkan Azmir Putra dalam pencapaian akademik. “ Eh Ayu, ntah,ntah, mamat tu alien kot.” “Kalau betullah dia tu alien, dia akan dapat award alien paling handsome kat muka bumi ni..”kata Ayuni sambil terkekek-kekek ketawa. Manakala, Lea terus memanjangkan muncungnya.
“ Entahlah Lea, aku pun dah naik bosan dengan soalan kau tu. Tiap2 kali dapat result mesti kau merungut benda yang sa-ma jugak. Nak buat macam mana, dah memang ditakdirkan dia lebih pandai dari kau Lea. Kau mesti terima kenyataan ni. Bohonglah kalau dikatakan si Azmir tu bodoh. Well, mungkin dia ada cara tersendiri untuk study, manalah kita tahukan. But, tak semestinya kalau dia tu genius sekalipun, kau tak mampu tewaskan dia. Right?” Lea mengangguk faham. “ Er.. thanks Ayu, for your advice” Ayuni hanya sekadar tersenyum.
“ Anytime!” Memang benar apa yang dikatakan temannya itu. Hih,hih,hih, tak semestinya aku tidak mampu menewaskan dia. ‘Mohd Azmir Putra.’ Semangat Lea Sofia amat membara ketika itu, kalah Merapi volcano.
– Oh ya, Gunung berapi tu baru je meletus baru-baru ni kat Indonesia. Kalau tak silap la..- Yam


********
Azmir bersiul-siul riang semasa di menghampiri katil domnya yang bersebelahan dengan katil sahabat karibnya, Shahril. Shahril yang sedang tekun menelaah pelajaran matematik moden menoleh hairan. “ Mir, hang ni okey ka? Awat hepi semacam je hari ni?? Aku tengok dari hang tanggal kasut, masuk dom, hang pi masuk bilik ayer’ mandi sat, sampai hang datang sini balik duk tersengih macam kerang busuk. Awatnya?” Azmir menceritakan apa yang berlaku secara panjang lebar kepada Shahril. Semasa dia hendak ke kantin sebentar tadi, Lea Sofia telah bertemu dengannya. Lea mencabarnya dalam peperiksaan STPM nanti siapa yang akan mendapat gred yang tertinggi. Lea Sofia dan Azmir bersetuju akan mengikut segala arahan pemenang jika tertewas. “ Sat,sat, aku confiuse sikit la. Maksud hang sapa yang kalah kena ikut semua arahan yang menang, macam tu?” Azmir menggangguk. “ Kalau ditakdirkan hang yang kalah macam mana?” Azmir mengangkat bahunya. “ We’ll macam la kau tak tau, aku ni kan genius…betul tak?!.” “Peh! Genius konon! Konon je la..ek!!”.
********

STPM sudah lima bulan berlalu. Hari ini merupakan hari keramatnya kerana keputusan peperiksaan akan dikeluarkan pada hari ini. Aku mengambil 12 subjek dan Alhamdullillah semuanya mendapat pangkat A1. Kemudian Azmir teringatkan sesuatu lantas mengambil senarai keputusan itu kembali. Lea Sofia….nombor meja 1649. Aku sama sekali tidak percaya apa yang aku lihat. Ini tak mungkin benar!! Lama Azmir memegang senarai keputusan itu. Dia tersedar semasa Shahril merampas slip keputusannya.
“ Mir, kita sama Mir!! Kita sama2 berjaya!! Aku memang tak sangka,Mir!” Shahril hampir2 menitiskan air mata kerana terlalu gembira dan terus memeluk Azmir. Ai, feeling pulak mamat sekor ni. Seperti Azmir, Shahril juga mengambil 12 subjek dan berjaya mendapat A1 untuk semua subjek yang didudukinya.
“ Hei, awat hang ni? Aku dok hepi bagai nak rak ni pun hang buat don’t know ja?? Ni awat muka macam cucu’ badak hangus ni? Hello.. Azmir.. Azmir Putra..” Shahril mengawang-awangkan tangannya ke muka Azmir apabila rakannya itu langsung tidak memberikan apa2 respon. “ Shah, cuba kau tengok ni..” Azmir menghulurkan senarai keputusan STPM ke tangan Shahril dengan raut wajah bagaikan Mek Klate tertelan sushi ikan salmon segar. “Waah!!” Shahril menjerit. Sangka Azmir, Shahril sudah membaca keputusan Lea Sofia tetapi.. “ Ramainya yang dapat straight A!!” Azmir menepuk dahinya.
“ Bukanlah pakcik! Ni, tengok ni..” Azmir menunjukkan keputusan pelajar bernama Lea Sofia. “Hei, selamba ja hang kata aku pakcik hang. Aku belum nikah dengan mak sedara hang lagi la...” Shahril terus membaca keputusan tersebut. Dan sekali lagi… “ Waah!! Cik Merpati putih pun dapat A penuh la..Baguih la tu..” Azmir Putra tercengang. “Bagus? Bagus kau kata??Kau ingat tak pasal perjanjian aku dengan Lea hari tu? Oh ya, mesti kau dah lupa..” “Ooooh!! Perjanjian separa brain hang tu.. baru aku ingat..” Shahril menjerit.
“ Perjanjian separa brain?” “ Yalah, hang pi buat perjanjian guna ‘separa’ ja otak hang.. separa brain la tu! Habislah hang kali ni Mir..” Shahril ketawa nakal.
“ Kau ni buat aku suspen je la..” “ Aku buat hang suspen apa, hang memang dok suspen dari tadi…” “Macam la kau tak tau aku dengan cik softlan tu asyik gaduh je..Apa aku nak buat ni..” “ he,he,he, takpa, rilek la beb, aku ada idea baik punya…”
*********

Apa cadangan niiiii!!!!!!!Lea Sofia berasa agak bingung dengan perkara yang berlaku. Dah la mamat tu panggil aku softlan,softlan tu bukan ke jenama softner? Dah tu, nak datang rumah aku makan malam pulak, banyak cantik!!! Pertaruhan antara dia dengan Azmir menjadi bertambah rumit. Ini kerana mereka berdua mendapat keputusan yang sama. 12 A1. Oh tuhan, apa maknanya semua ini?? Akhirnya mereka bersetuju dengan cadangan Shahril iaitu mereka berdua dikehendaki menghadiri makan malam di rumah keluarga yang bertentangan. Yang sebetulnya terpaksa bersetuju. Tetapi, Azmir tidak mahu pulang ke rumah keluarga angkatnya lagi. Dia tidak kisah terpaksa datang ke rumah Lea untuk makan malam bersama keluarganya kerana memang itu impiannya. Cuma impiannya itu terlaksana 6 tahun terlebih awal. Namun dia tidak sama sekali akan pulang semula ke pangkuan keluarga yang memulakan sejarah hitam dalam hidupnya.


********
“ Azmir!! Mana pulak budak ni dah pergi. Aku suruh dia pergi beli rokok sekotak dekat kedai cina depan tu je, itu pun berjam-jam!!” dengus Fazin abang angkat kepada Azmir. Beza umur mereka cuma setahun. Fazin merupakan anak tunggal pasangan Dato’ Jamal dan Datin Latifah. Dia dibesarkan bagai permatang minyak penuh oleh mereka berdua. Di mata mereka, Fazin merupakan seorang budak yang rajin belajar, anak yang taat dan bersopan santun, namun itulah yang sebaliknya. Dato’ Jamal mengambil Azmir sebagai anak angkat dengan alasan takut Fazin akan berasa keseorangan tanpa adik kerana Datin Latifah tidak mampu mengandung lagi . Rahimnya telah dibuang disebabkan ketumbuhan yang serius. Ketika Azmir dalam darjah enam, Fazin telah mengajarnya merokok. Disebabkan terlalu kerap merokok atas paksaan Fazin, dia telah dimasukkan ke wad kerana sesak nafas yang serius. Namun, Dato’ Jamal dan Datin Latifah tidak mahu menerima kenyataan bahawa anak mereka Fazin telah ditahan polis dengan kesalahan menghisap rokok di bawah umur. Datin Latifah tidak menyalahkan Fazin tetapi telah menuduh Azmir yang memaksa Fazin melakukan gejala tidak sihat itu. Sejak itu bermulalah kehidupan yang penuh derita buat Azmir. Dia dilayan bagai ‘orang gaji’ di rumah itu. Akhirnya dia terlepas dari penderitaan itu apabila dia mendapat tawaran untuk memasuki tingkatan 6 di SMKB Bangsar Indah. Dato’ Jamal memahami situasi Azmir dan membenarkannya bertukar kesitu.

Buat sementara waktu ini, Azmir tinggal di rumah keluarga Shahril. Keluarga Shahril dengan hati terbuka mengalu-alukan kedatangan Azmir. Azmir bersyukur yang amat sangat keatas Ilahi kerana dikurniakan teman sebaik Shahril. Petang itu atas bantuan Syahran, abang kepada Shahril, dia telah siap berpakaian. Kemeja lengan panjang yang berwarna biru muda dengan lengan dilipat sehingga keparas siku, seluar slack hitam yang tidak terlalu labuh dan kasut kulit yang berwarna hitam memang sesuai dengan Azmir Putra yang berwajah ‘baby face’, ‘macho’ dan juga ‘sweet’ itu. Jam menunjukkan pukul 3.45 petang. Dia masih ada lagi 1 jam 15 minit untuk sampai kerumah Lea, tetapi kini dia sudah berada di hadapan pagar rumah Lea. “ Bila pintu tu terbukak je, hang terus hulur bunga ni kat dia dengan penuh lagak machonya..” Shahril membuat gaya seperti ‘prince charming’ sedang menghulurkan bunga kepada ‘ cinderellanya’. “ tapi, kalau yang bukak pintu tu bukan Lea macammana??” “Well, kalau dia dah tau hang nak datang, mesti la dia bukakkan pintu.. Ha…. kalau hang buat macam yang aku kata tadi tu, sure dia cair punye la..” Masih terngiang-ngiang setiap bibit2 kata ‘ajaran sesat’ Shahril di dalam fikiran Azmir. Nak kena buat macam tu ke?? Karang silap orang mampus aku.. Lantaklah, kalau nenek dia yang bukak pintu pun aku hulur ajelah bunga ni!!

Setelah beberapa kali pintu diketuk, akhirnya pintu itu terkuak juga. Tanpa membuang masa Azmir terus menghulurkan sejambak bunga carnation kepada kelibat manusia yang berada dihadapan pintu tersebut seperti yang telah diajar Shahril. Ria Caterina agak terkejut kerana ketika dia membuka pintu, tiba-tiba sejambak bunga carnation berada di depan mata. Ria tidak dapat melihat siapa gerangan yang datang itu kerana wajahnya terlindung disebalik bunga carnation. Azmir mengangkat mukanya apabila merasakan tiada respon yang diberi. Alangkah terkejutnya dia apabila terpandang seraut wajah yang manis di hadapannya. Ini bukan Lea Sofia!! Ria Caterina tergamam melihat ketampanan si tetamu. “ For me?” mata Ria tertumpu pada jambangan bunga carnation tersebut. Azmir terpana seketika dan kemudian… “ Oh, ofcourse!” Azmir tersenyum lalu menarik keluar lima kuntum mawar yang berlainan warna dan memberikannya sekuntum demi sekuntum kepada Ria.“ Meroon colour untuk ‘MAY’, indigo colour untuk ‘ I’, blue colour untuk ‘BE’, yellow colour untuk ‘YOUR’, dan terakhir sekali white rose yang bermaksud persahabatan untuk ‘ FRIEND’. Jadi, ‘may I be your friend?” Ria mengambil sekuntum bunga mawar berwarna kuning lalu dihulurkan kembali kepada Azmir. “ Yellow colour untuk ‘YES’.” Azmir Putra hanya tersengih.. ‘ mana pulak datang idea ntah ape2 ni?? Lantaklah, janji dia kasi aku masuk…’

       Setelah mempelawa Azmir Putra masuk, Ria Caterina bergegas naik menuju ke bilik Lea Sofia. Lea Sofia hairan apabila terpandang 4 kuntum bunga mawar berlainan warna yang diletakkan kakaknya di atas meja,. “ Siapa pulaklah yang kasi kakak bunga mawar ni? Kalau nak kata abang Mizan yang beli, itu tak mungkin.”
“ Siapa lagi kalau bukan your Mr. Charming.” Ucap Ria Caterina bersahaja. “ You mean Azmir has arrived already?!” Ria mengangguk laju. Ya Allah! Cepatnya dia datang. Aku suruh dia datang pukul 5 petang nanti. “Yang dia pergi datang awal2 ni nak buat apa?!” Lea merungut geram. “ Aik, gabra semacam aje kak Ria tengok adik kakak yang sorang ni. Gelabah pakwe dah datang ye. Apa salahnya datang awal2, takut nanti gilrfriend dia kena bawak lari…” Usikan Ria Caterina itu sedikit sebanyak benar juga. Lea sedar yang perasaan cintanya sedang memutik terhadap jejaka tampan yang bernama Azmir Putra. Namun, sifat egonya yang tinggi memusnahkan segala perasaan indah itu. Akhirnya Lea bersiap ringkas dengan T-shirt lengan panjang Guess berwarna baby blue dan seluar jeans denim berwarna hitam serta dicalitkan sedikit lip gloss perisa strawberry dibibirnya untuk tampak segar.

Semasa Lea Sofia menapakkan diri ke ruang tamu dimana Azmir berada, dia terpana melihat kelibat manusia yang berada di hadapannya kini. Benarkah ini Azmir Putra yang aku kenal dulu? Lainnya…rasa macam ‘Mat Romeo’ dah berubah jadi ‘Mr. Perfect’. Ketika itu Azmir Putra sedang asyik menatap gambar keluarga Lea Sofia tanpa menyedari yang Lea sudah lama berada di sebelahnya. Azmir tersedar daripada lamunannya apabila terdengar bunyi ketawa yang halus. Dia hampir2 terpempam apabila melihat kelibat Lea Sofia di sebelahnya. “ Eh, awak, bila pulak awak berdiri dekat sebelah saya? Saya tak perasan pun.” Kata Azmir sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.“ Macam mana nak perasan kalau mata tu kusyuk tengok benda lain.” Azmir hanya tersengih seperti ‘kerang dah expired’. Walaupun dengan penampilan yang ringkas, Lea Sofia tetap kelihatan manis di mata Azmir.
“ Adik-beradik Lea tiga orang aje?” Azmir berbasa-basi. Lea tersenyum tawar. “ Sepatutnya Lea ada abang kembar tapi mama Lea cakap dia meninggal lepas dia lahir.” “ Alah, Cik Softlan jangan risau, jejaka termacho didunia ni,boleh tolong berlakon jadi abang kembar Cik Softlan tu..”
“ Kenapa nak berlakon aje, tak nak jadi abang betul?” kata Lea sinis. ‘Sebab saya nak jadi marka awak ler sayang oi..’ detik hati kecil Azmir. “ Oh, sebab saya memang gemar berlakon.” kata Azmir sambil tersenyum nakal. Lea terus mencebik.

Akhirnya majlis makan malam itu berjalan dengan lancar walaupun bagi Azmir, mama dan papa Lea memandangnya dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan. Apasal diaorang ni buat muka seposen je tengok aku?? Terharu kut dengar kisah hidup aku, agaknya la.. Tetapi, bagi Lea Sofia, kisah itu agak menghairankan.. ‘Aik, macammana Mr. Cinderella boleh jadi Mat Romeo ni? Kontra betul!’.Ternyata Azmir memang pandai mengambil hati keluarga Lea. Ada saja ‘lawak da’ world’ yang diketengahkan jejaka itu. Keluarga Lea telah bersetuju untuk menjadikan Azmir anak angkat mereka apabila mengetahui kisah hidupnya yang sebenar. Jadi mulai hari itu, Azmir Putra akan tinggal serumah dengan Lea Sofia. Seperti biasa, Lea akan merungut dan Caterina akan bersorak gembira.

Semasa Lea hendak menghantar Azmir ke pintu pagar secara spontannya Azmir berhenti melangkah. Lea yang berjalan betul2 dibelakangnya terlanggar badannya. Adoi, patah hidung aku! “ Hei, apa kena dengan awak ni? Berhenti tak kasi signal langsung!” Lea merungut sambil menggosok hidungnya yang terasa sengal. Azmir hanya tersenyum mendengar rungutan Lea tersebut. “ Azmir, awak ni memang spesies yang tak tahu minta maaf ya?” Lea memandangnya geram. “ Lea, awak tahu tak, sebenarnya saya cintakan awak.” Lea terpana.
Aii.. angau ke Mat Romeo ni?? “Saya…” Lea belum sempat menghabiskan kata-katanya tiba-tiba jari telunjuk Azmir sudah berada pada bibirnya. “ Saya tahu apa awak nak cakap, awak pun cintakan saya jugakkan?” Lea termanggu dan terus menolak jari itu ke tepi.
“ Sebenarnya saya nak cakap yang ada skru tertanggal dalam kepala awak tu..” “ Apa dia, saya tak berapa jelaslah” Lea mengeluh kasar. “ Saya cakap,dalam kepala awak tu, ada skru tertanggal!!!” Lea melaungkan ayat itu betul2 pada telinga Azmir. Laungan itu membuatkan Azmir terpempam. Opocot, nasib baik tak terpelanting badan ni, Cuma telinga je pekak.“ Lea Sofia, saya dah tak cintakan awak lagi..” kata Azmir dalam nada serius bin dramastik sambil menyapu-nyapu telinganya tanpa memandang wajah Lea. “ La.. kenapa pulak?” “Awak dah kecewakan saya..” “Saya dah kecewakan awak?” Lea tercengang. Ada-ada jelah mamat ni.
“ Hm..kelakuan awak dah buat saya kecewa..” masih dalam nada serius. “ Wahai Encik Azmir Putra yang dikasihi, kalau awak kecewa…” Lea mempamerkan wajah penuh berapi. Dush!! “….Pergi la layan kecewa awak tu sorang-sorang!!” hambur Lea dan terus menendang kaki Azmir sekuat hati. Setelah berbuat demikian, Lea terus bergegas masuk ke dalam rumah dengan perasaan yang berapi. “Kasih jugak Cik Softlan dekat jejaka termacho didunia ni!!” laung Azmir sambil mengurut-ngurut kakinya yang rasa bagai nak patah.
Beberapa minit kemudian, Lea terdengar suara memanggil namanya dari arah luar.
Ish! Siapa pulak ni.. Dan seperti yang telah dia duga, suara itu datang dari seorang hamba Allah yang bernama Azmir Putra.
“Hei, awak nak apa lagi haa..?!!” Azmir seperti biasa dengan gaya lelaki termacho didunianya tersenyum.
“ Kalau awak rasa yang awak panggil saya keluar semata-mata nak tengok awak senyum, lebih baik saya masuk..” kata Lea Sofia dan berpaling ke arah pintu rumahnya. “ Eh, nanti dulu!! Sekejap, sekejap!!”. Lea menoleh. “ Apa yang awak nak, encik casanova?” Azmir Putra terus menghulurkan sejambak bunga carnation yang dibawanya awal2 tadi. “Especially for you, my little sweet softner.” Lea Sofia terpaku seketika apabila Azmir Putra mengucapkan perkataan ‘my little sweet’ tetapi, perkataan ‘softner’ itu menghilangkan semua perasaan indah yang datang sejenak tadi. “ Hei, awak nak tahu satu ‘wild fact’ tak? Selalunya lelaki yang suka bagi bunga carnation ni ialah lelaki yang suka mainkan hati wanita. Dan, awak jugak tak terkecuali daripada lelaki2 tersebut.” kata Lea sinis. “ La.. iye ke? Mana la saya tahu sebab saya bukan seorang pekerja taman botani. Tu lah pasal saya main beli je bunga carnation ni.” “Alasan!” “ Eh, awak tak nak ambik ke bunga ni, kesian la kat saya, dah nak tercabut tangan saya menghulur bunga ni dari tadi..” “ Casanova!!” laung Lea lalu terus meluru masuk ke dalam rumah. Azmir memandang pintu rumah Lea yang baru dihempas sebentar tadi dengan perasaan hampa.‘Shahril, balik nanti akanku cincang dirimu menjadi masak lemak gulai!!’
********

Tinggal lagi seminggu hari sahaja lagi majlis pertunangan Azmir Putra dengan aku. Aku dengan Azmir Putra?? Betul ke ni?? Iya ke?? Hei, cinta tu kan buta… Orang yang paling gembira sekali ialah kak Ria, bukan aku. Aku, nervous. Dia telah menghias ruang tamu rumahku yang agak besar dengan dekoratif ala pengantin. Aku telah menegahnya dari berbuat demikian kerana ini hanya sekadar majlis pertunangan. Tapi, tak mungkin ada sesiapa yang dapat menghalangnya kerana siapa tidak tahu, Ria Caterina yang memang terkenal dengan sifat degil dia tu. Cincin pertunangan telah dibeli. Boleh dikatakan sudah lengkap semuanya. Daddy dan mama aku, encik Piere Azhari dan puan Syahida mencadangkan supaya majlis ini diadakan secara kecil-kecilan sahaja. Yang pastinya, kak Ria tak akan bersetuju tetapi apa boleh buat, bukan dia yang nak bertunang. Well, macam apa yang abang Mizan cakap la, kak Ria ni tak habis2 dengan ‘roman tikus’ dan ‘roman tikar’ dia tu. Tapi, hari yang Abang Mizan ejek kak Ria tu, memang kami betul2 pergi makan nando’s.
*********

Hari ini segala kemusykilan dihatinya akan terbongkar. Dia nekad untuk kembali ke rumah itu semula untuk mencari kebenaran perkara yang sering bermain-main di dalam fikirannya. Dia mengeluarkan kembali gambar lelaki yang selama ini tersimpan di dalam jagaannya. Walaupun gambar itu agak kabur, namun dia masih dapat mengecam persamaan di antara wajah lelaki di dalam gambar itu dengan gambar lelaki di rumah Lea Sofia. Apa maksud perkara ini? Adakah ayah angkatnya mempunyai hubungan dengan ayah Lea?? Gambar yang agak kabur itu dijumpainya terjatuh di bawah sofa ketika dia sedang mengemop lantai di rumah keluarga angkatnya beberapa tahun dahulu sebelum dia berpindah ke SMKB Bangsar Indah. Ataupun, mungkin ianya hanya sekadar pelanduk dua serupa?? Eh, apasal aku serius sangat ni??

*********

       Betul ke apa yang aku dengar ni? Tak mungkin perkara ini benar!! Ianya tidak mungkin atau tidak patut benar!!! “Praaangg!!” Secara tidak sengaja, kakinya terpijak grill besi longkang yang agak longgar ketika cuba beredar setelah mendengar sesuatu perkhabaran yang agak mengejutkan sebentar tadi. Opocot, hei encik besi, takde masa lain ke encik nak berbunyi…kantoilah aku!! Penghuni rumah itu sudah pasti mengetahui bahawa ada orang yang mengintip perbualan mereka. Azmir Putra terkoncoh-koncoh menyarung topi keledar ke kepalanya dan memecut motosikalnya keluar dari perkarangan banglo tiga tingkat tersebut. Azmir Putra memecut motosikalnya selaju yang boleh. Dia tahu perlakuannya menyalahi undang2 kerana menunggang motosikal dengan laju di jalan yang agak sempit. Namun, bukan itu yang bermain di fikirannya tika ini, hanya beberapa meter saja jarak antara motor kawasaki miliknya dengan toyota corolla altis milik penghuni banglo tiga tingkat tadi. Hei, masa genting macam ni bukan sesuai untuk pikir pasal undang2 jalanraya!! Kereta tersebut terus mengejarnya hinggalah..... “Piiiiiiiiiiiiiin!!!!!!”.


*********
Keluarga Lea Sofia bergegas ke wad ICU Hospital Pantai setelah mendapat satu panggilan mengejut dari pihak polis daerah Bangsar. Lea Sofia hampir pengsan apabila melihat keadaan bakal tunangnya yang sedang bertarung nyawa melalui tingkap lutsinar wad ICU itu. Ya Allah, ku pohon padamu, kau selamatkanlah dia, Ya Allah. Panjangkanlah umur insan yang amat kukasihi ini, Ya Allah. Janganlah kau ambilnya dariku, Ya Allah. Air mata Lea Sofia amat murah nilainya ketika itu. Ria Caterina cuba memujuk adiknya yang dari tadi tersedu sedan tanpa henti. “ Lea, Lea mesti tabahkan hati Lea.. Mir pasti akan selamat!! Kita hanya boleh berdoa dik, Allah yang akan menentukan segalanya.. kak Ria yakin, Mir tak mungkin meninggalkan kita dengan mudah. Sabarlah Lea..” Ria Caterina juga turut berasa sayu melihat keadaan Azmir yang kritikal. Dia cedera teruk di bahagian kepala dan menurut doktor, kemungkinan besar tengkorak kepalanya retak.


*********

Apa yang dah berlaku ni?? Kenapa kepala aku rasa berat sangat?? Bukankah aku sepatutnya sedang memecut motosikalku dari ditangkap ayah angkatku?? Ah! Tentang perkara itu!! Aku mesti pergi merepot polis tentang perkara yang aku dengar di rumah ayah angkatku itu sekarang juga!! Azmir Putra cuba bangun tetapi gagal kerana kepalanya berasa terlalu berat. Tangannya sedang digenggam erat oleh seseorang. Lea rupanya.. Azmir menggenggam kembali tangan halus itu sepenuh kasih. “ Eh, awak dah sedar Mir?? Syukurlah!!” Lea Sofia yang terjaga dari tidurnya tidak dapat mengawal emosinya lagi, lalu memeluk tubuh Azmir yang berselirat dengan wayar2. “ Aduh, sakitlah!!!” “ Ah, sorry…. Lea tak sengaja!!” Lea cepat2 meleraikan pelukan. “ Lea sorang aje ke yang datang lawat Mir?” Benar, tiada sesiapa pun yang berada di dalam wad itu kecuali dia dan Lea. “ Second day Mir kena tahan dekat wad ni, Shahril and all member 6 Bestari dulu datang lawat. Tapi, masa tu Mir tak sedar lagi..” ujar Lea sambil membetulkan selimut tebal yang membaluti tubuh Azmir.“Lea risau sangat Mir tak sedar2 dari hari tu. Mir tau tak, Mir dah koma 1 minggu 5 hari tau! Mir ni saje je la nak buat orang risau!!” Lea terus mengomel dan memberi pandangan yang sinis kepada Azmir Putra. “Kenapa, cik softlan dah rindu kat abang macho ni ke?” Lea Sofia terus mencubit lengan Azmir sekuat hati. Aduuuuuuuuuuuhh……


********

Sebulan kemudian, kecederaan Azmir telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang ke rumah. Auntie Shahida mengajak Azmir pergi membeli belah bersamanya kerana semua orang sibuk hari itu. Azmir bersetuju dengan syarat mereka membeli belah di Jaya Jusco, pasaraya favouritenya. “ Mir, Mir rasa mana lagi sesuai dengan mama. Biru ke unggu?” kata puan Shahida sambil memegang dua helai blaus. “ Hm.. mama ni pakai apa pun sesuai..” Azmir menggelar puan Shahida sebegitu kerana memang itu gelaran yang patut digelarnya, tambahan, mereka sekeluarga memang rapat. “ Mir ni, mama tanya betul2 dia main2 pulak.” “ La.. betul la.. kalau mama pakai ‘ni’ pun Mir still... kata mama cantik.” Azmir menunjukkan sehelai bikini bunga-bunga yang entah dari mana dia mencapainya. Sebagai balasan, dia mendapat cubitan ‘free’ pada hidungnya. “ Okay la… Mir carikan baju lain..” kata Azmir sambil ketawa. Semasa dia menyangkutkan kembali bikini tersebut ke tempat asalnya, tiba-tiba…

“ Eh, Azmir… apa yang kau buat kat sini?” Ai, macam kenal je suara ni.. Ayuni!! “ Er.. hai!” Azmir menyapa gadis dihadapannya dengan wajah bagaikan banduan yang akan melaksanakan hukuman ‘gantung sampai mati’. Ayuni memandangnya dengan penuh curiga. “ Lea mana?” “ Oh Lea, dia...” belum sempat Azmir menghabiskan ayatnya, Ayuni terus memotong. “Takpelah, tak payah terangkan.”Azmir hanya tercengang-cengang, ‘bagai pelakon tak faham scrip’. “ So, untuk siapa tu?” Tanpa memikirkan apa2 dia terus menjawab.“ Oh ni,untuk mak” jawabnya dengan nada serius. “ Untuk mak??” ‘ Takkan la mak pakai bikini!’. Oleh kerana dia tiada langsung idea untuk menjawab soalan ‘cepu cemas’ tersebut.. “Eh tak, untuk kawan!” Azmir masih menjawab dengan nada yang serius. “kawan??” “ Bukan, untuk… adik kepada kawan” “haa??” Azmir hanya tersenyum kelat.“Er, takpelah, pergi dulu..” Azmir bergegas meninggalkan Ayuni sambil menepuk dahinya beberapa kali. Aduuh, jatuh imej jejaka termacho di dunia. Selepas ini dia bersumpah tidak akan menghampiri bahagian baju mandi lagi..

Azmir masih mengintai-ngintai, mana tahu dia akan terserempak dengan Ayuni lagi. Dia terus berjalan terdengkit-dengkit tanpa hala tuju. Kemudian.. “aduh!” secara ‘tak sengaja’ dia terlanggar bahu seorang pekerja disitu. “Oh, sorry..” “ Takpe saya okey, boleh saya bantu encik?” Azmir terus berpura-pura mencapai satu bungkusan di atas rak barangan dan berkata.. “Tak, saya cuma nak cepat beli ni..” katanya sambil tersenyum paksa.“ Oh, kes kecemasanlah ni,untuk isteri encik ke?” Azmir masih mahu meng’cover’ kesalahannya. “Taklah, belum kahwin lagi..” Azmir memasukkan satu persatu bungkusan itu ke dalam bakulnya tanpa melihat bungkusan tersebut. “ Untuk mak atau kakak ya?” Dia masih memandang gadis ayu dihadapannya. Melalui tag nama pekerja tersebut, namanya Saliha. Saliha? “Taklah , untuk saya..” Gadis itu tersenyum dan kemudiannya ketawa kecil lalu meninggalkan Azmir yang masih terpinga-pinga. Lalu dia mengarahkan kepalanya ke bawah. Beberapa bungkus tuala wanita berjenama Kotex Wings Maxi berada di dalam bakul yang dijinjingnya.
Ahaha..aku pakai benda ni ke?? Azmir merasakan lantai yang dipijaknya retak dan dia terus jatuh, dan jatuh, dan jatuh ke bawah… Ooooooooh……sh*t!!



p/s: yup. sampai sini je cerita ni. aku ni mmg pakar buat cerita tak habis. ehehs. dah malas, bukan dah takde idea.