~jangan singgah kalau tak masuk~

"when my hand start talking, my tongue could only listen. "

Wednesday, September 14, 2011

Never Ending Short Stories collection: Le Amour Le Fantasie

(Cerita ini ditulis pada hari dan bulan yg tak diketahui dalam tahun 2008-2009)




Dia berjalan tanpa tahu arah tuju. Tenggelam di dalam lautan manusia yang sesak kesana kemari. Bandar San Francisco itu jadi saksi bahawa dia sedang menyembunyikan suatu perasaan yang hanya sesetengah orang sahaja yang dapat memahaminya. Orang yang pernah menghadapinya. Air mata tidak mampu untuk ditakung lalu tumpah membasahi pipi. Sedih tak terhingga. Dia tidak dapat melupakan kisah, insiden, dan kejadian itu. Hatinya rabak. Dia bagai puteri yang amat setia menanti puteranya yang sudah tidak wujud. Sudah tamat kisahnya.‘The End’.

**********

San Francisco, USA
Lissa terbaring setelah keletihan berlari dari hujung padang rumput itu hingga ke bahagian tengahnya. Memandang langit yang luas terbentang. Hatinya rasa bebas. Tenang. Aman. Tidak terlintas pun sesuatu masalah difikirannya. Kosong dan lapang. Harapnya dia dapat mengecapi kedamaian ini untuk seluruh hidupnya. Harapnya…

Tokyo, Jepun
Kelopak-kelopak sakura jatuh berguguran di atasnya. Melayang jatuh tepat ke telapak tangannya. Dia meniup kelopak bunga itu perlahan. Kelopak bunga itu melayang pergi mengikut arah angin. Seperti hatinya yang bagaikan ikut serta terbang melayang. Terasa bagaikan angin membawanya terbang meninggalkan kesengsaraan. Haruman kelopak sakura bagaikan terasa dimana-mana. Iman, sungguh indah bukan…

Fantasi menyelinap di celah-celah hati dua orang insan ini. Realitinya bagaikan ketinggalan jauh dibelakang. Tidak dapat mengejar lagi. Hidup yang berdasarkan fantasi sememangnya indah. Impian pasti tercapai. Semua yang tiada jadi ada. Siapa mahu kehidupan realiti? Kekal fantasi. Impian sentiasa tercapai. Le Amour Le Fantasie...

‘ Lissa Raihana, hidup tidak berdasarkan fantasi’
‘ Harada Hafizan, tidak mungkin angin dapat menerbangkan
kesengsaraan kita’
 
**********

Lapangan terbang Kuala Lumpur menjadi destinasi. Bebola mata melilau ke sekeliling bumi yang terlalu lama mereka tinggalkan. Troli bagasi ditolak perlahan kearah tempat yang terdapat simbol kereta. ‘Teksi’. Setelah menutup pintu teksi yang boleh dikatakan seperti mini van itu, pemandunya ramah bertanya dimanakah hendak diturunkan dalam bahasa Inggeris yang fasih.
“ Uh? Er..er.. Fansiada Palace please..”. Pemandu tersebut tersenyum. “Okay!”. Kelihatan dua buah teksi meluncur pergi meninggalkan kawasan itu.

Angka sembilan sudah menerjah di kotak jam digital pada dashboard teksi tersebut. Jalanraya agak lengang ketika itu. Dia memandang suasana malam yang penuh dengan cahaya lampu di luar cermin tingkap. Tiba-tiba teksi yang dari tadi berada di hadapan teksinya terarah ke lorong kanan jalan secara mendadak dan melanggar pembahagi jalan. Pemandu teksinya menekan brek dan memberhentikan kereta berdekatan teksi malang tadi.
 
**********
 
     “ I am so sorry sir for the difficulty.Thank you very much for your big help.”
Lissa memang terhutang budi dengan jejaka yang tidak dikenalinya itu. Jejaka itu menghulurkan sapu tangannya kepada gadis di hadapannya yang dari tadi tidak sudah-sudah mengalirkan air mata.
“ Laplah air mata tu..”
Lissa langsung tak mengerti apa yang dituturkan jejaka tampan itu. Bahasa apa yang dia cakap tu? Cinakah? Atau Jepun? Jejaka itu menyedari hulurannya tidak mendapat apa-apa respon, lalu dia menyelukkan semula sapu tangan ke dalam poket sweaternya.
‘Sombongnya! Orang dah punyalah ikhlas nak hulurkan bantuan, dia boleh buat dek aje!!’ Belum sempat sapu tangannya memasuki poket, tangannya ditahan.
Tanpa sedar Lissa memegang tangan jejaka itu. Dia berfikiran mungkin jejaka itu berkecil hati kerana hulurannya tidak bersambut. Jejaka itu tampak terkejut dengan aksi spontannya itu. Bagai terkena kejutan elektrik, Lissa terus menarik tangannya kembali. “Sorry..”.Tanpa disuruh, ringan sahaja tangan jejaka itu menyapu sisa air mata yang masih ada pada wajahnya. Lissa terpempam. Jejaka itu hanya merenungnya tajam lalu berpusing dan terus berlalu pergi meninggalkannya yang masih terdampar di atas katil hospital. Lissa ternampak suatu perkataan tertulis di keychain beg galas jejaka tersebut. Hafizan-san. Kemudian, keadaan sekelilingnya menjadi kelam.
 
*********

Akhirnya, sampai juga dia ke destinasinya. Fansiada Palace. Tidak terlintas langsung di kepalanya yang dia akan mengalami kemalangan. Pemandu teksinya tiba-tiba hilang kawalan semasa dalam perjalanannya tadi. Rupanya, pemandu tersebut diserang penyakit gastrik secara mendadak. Insiden dulu bagaikan bermain semula di kotak fikirannya. Trauma itu. Tak mungkin dia akan lupakan peristiwa itu sampai bila-bila.
“Cik, boleh saya bantu?” Tanya pengawal yang menjaga pintu masuk tempat tersebut.
“ Er..Does Senorita lives here?” “ Senorita?” berkerut dahi pengawal muda itu. Ah..apa nama dia ya..Rita,Ria.. Oh ya, Riana! “ I-I mean a lady names Riana. Does she lives here?” “ Oh, Puan Sri Riana. Ya, memang dia tinggal disini. Cik ada apa-apa hal yang penting ke nak jumpa dia? Kalau tidak, saya rasa mungkin lebih baik cik jumpa dia esok sebab hari pun dah larut malam ni. Takut mengganggu penghuni-penghuni lain..” Lissa mengeluh.
“ Tapi saya…” pengawal itu memotong. “ Cik ada apa-apa hubungan ke dengan Puan Sri?” Lissa menggigit bibir bawahnya spontan. ‘Alamak, aku tak ada apa-apa hubungan dengan Senorita!’ Tapi dia memang ada hal penting yang ingin dikatakan pada Puan Sri Riana. “ Kalau saya memang ada hubungan dengan dia, saya boleh masuk ke?” tanya Lissa pantas. Pengawal itu tersenyum kecil. “Jika cik ada hubungan dengan Puan Sri, pastilah saya benarkan cik masuk..” Tiba-tiba terlintas sesuatu di mindanya. “Saya anak saudara dia..”.
 
**********

“Fik tak tahu pulak auntie Riana ada anak saudara dekat San Francisco..” Fikri memandang hairan ke arah Lissa. “ Mungkin auntie lupa nak bagitahu kita kot..” balas Iltizam. “Maybe. Tapi Lissa, are you really from San Francisco? Your malay is quite well..” sampuk Shakif. Lissa mengukir senyuman semanis yang boleh sedangkan hatinya bagai memberontak mengatakan hanya dia sahajakah perempuan yang tinggal di muka bumi ini?
‘Aku tak tau la pulak yang Senorita punya anak saudara semuanya lelaki. Hai..haru betul..’
“ Lissa, tak payahlah ambil kisah sangat dengan apa yang diorang tu cakap. Diorang ni masih tak dapat terima lagi kot cousin perempuan dalam family ni.” Kata Puan Susie sambil menghidangkan sarapan ke atas meja makan.
Kata-kata Puan Susie itu agak mencuit hatinya.
‘Kenapa diorang lagi kisah tentang fakta yang aku ni the only sepupu perempuan diorang dan kebolehan aku bercakap dalam Bahasa Melayu? Rasanya, yang patut diorang kisahkan is wether I’m truly their cousin or not in the first place! Hm..pelik..’
“ Saya pernah menetap 5 tahun dekat Malaysia. When I was about thirtheen.” Jawapannya itu menjawab segala persoalan tentang kefasihannya dalam menggunakan bahasa ibunda.

“ Akif, where is your brother?”tanya Puan Susie kepada anak bongsunya itu. “ Entah, tadi pagi-pagi lagi abang Dent dah keluar jogging. Kejap lagi baliklah tu.” Jawab seorang jejaka yang wajahnya iras Puan Susie.
“ Orang Jepun ni memang suka bersenam pagi-pagi iye?” jejaka yang bernama Iltizam itu berkata. Lissa sedikit pun tidak mengambil endah perbualan mereka dan meneruskan suapannya.
“ Memanglah, diorang jaga kesihatan, bukannya pemalas macam kau Tiz!” balas Fikri.
“ Hei, selambanya cakap aku malas, setiap hari aku exercise tau! Kau mana tau..” kata Tiz selamba.
“ Ha’ah, exercise ma-ta.” Kata Fikri sinis.
“Exercise mata?” suara itu mengejutkan mereka. Lissa yang dari tadi bagai tidak wujud mula bersuara. Syakif ketawa kecil. “ Maksudnya tidurlah..”
“ Oh..” Lissa ketawa kecil. Semua mata tertumpu kearah gadis bernama Lissa. “Cutelah muka Lissa masa gelak macam tu..”kata Akif sambil tersenyum. “ Fik, ada orang nak isi borang la..” kata Tiz nakal. “ Ni, yang buat aku tercabar ni..” Fik menambah. Ketawa mereka semua lepas. Lissa kelihatan terpinga-pinga. Tak faham. Puan Susie tersenyum senang.
“ Auntie memang teringin sangat nak ada seorang daughter macam Lissa. Boleh buat kawan.” Bulat mata Lissa.
“ Auntie tak ada anak perempuan ke?” Geleng.

**********

Setelah selesai bersarapan, Lissa membantu auntie Susie mencuci pinggan mangkuk. Rupa-rupanya senorita tiada di sini. Dia sudah ke luar negara kerana urusan peribadi. Jadi, apa aku buat disini sekarang? Apa-apa pun, aku tak boleh tinggalkan villa ni macam tu aje. Keluarga senorita terlalu baik bagi aku. Lebih-lebih lagi auntie Susie. Walaupun baru kenal sehari, mereka sudah menjadi sangat rapat. ‘Agaknya, sebab dia tak pernah ada anak saudara perempuan kot. Tapi alasan tu sangatlah tak logik!’
Semasa sedang asyik mengelamun, tiba-tiba pinggangnya di peluk seseorang dari arah belakang. “Good morning!” Lissa terkejut bukan kepalang. “Aaaaahh!!!” Terlepas pinggan di tangannya lalu jatuh berderai ke atas lantai. Hafizan terasa seperti dilibas penyapu lidi apabila melihat gerangan yang baru dipeluknya tadi bukan mamanya. Lissa terus duduk mengutip serpihan pinggan yang berderai. Tidak dilihat siapa gerangan manusia yang memeluknya secara ‘free of charge’ sebentar tadi kerana mukanya sudah mula memerah.
“Er.. sorry, saya ingatkan awak mama saya.” Hafizan turut ikut menolong mengutip serpihan kaca di atas lantai. “ It’s okay..” balas Lissa sambil tersenyum memandang muka jejaka di hadapannya. Yang pasti jejaka itu bukan Syakif, Iltizam atau Fikri. Mata mereka berdua terpaku apabila saling berpandangan. ‘Eh, dia ni!!’ “ Lissa, what happen?!” Akif yang datang entah dari mana tiba-tiba muncul. “Eh, abang Dent! Apa abang buat kat sini?” Lissa merasakan yang dia sedang menonton drama Korea yang tiada subtitle. Tak faham langsung apa yang berlaku. Akhirnya, jejaka yang digelar Dent tadi bersuara.
“ Nothing, abang ingat dia ni mama tadi. Bila pulak maid ni start kerja dekat sini, yesterday takde pun?” Hafizan mencapai plastik sampah dan memasukkan serpihan pinggan ke dalamnya sebelum plastik itu dihulurkan ke muka Lissa yang masih dalam posisi duduk.
‘Dia kata aku ni maid? Rupa aku ni ada rupa orang gaji ke?’ Lissa mengerutkan kening.
“ Maid? Bukan maidlah, tapi bakal adik ipar.”gurau Akif nakal. Hafizan mengalih pandangannya ke arah Lissa. “Oh, really?” balasnya pendek. ‘Entah kenapa macam ada nada sinis disitu..’ detik hati Lissa. Pandangan matanya yang galak tepat menikam wajah manis Lissa. Lissa menundukkan kepalanya laju.Jantung Lissa bagaikan mahu luruh apabila ditenung begitu.
“ Er..t-t-tak, saya bukannya maid atau er..” ‘Ya, ini adalah salah satu masalah aku kalau kena bercakap dengan orang yang suka tenung aku. Tenungan tu macam dah melepaskan seekor Godzila jahat yang tengah seronok memusnahkan struktur bangunan ayat yang mahu keluar dari mulut aku. Tiba-tiba je aku boleh jadi gagap.’rungut Lissa di dalam hati.
“atau bakal adik ipar?”potong Hafizan. Lissa yang sejak tadi menunduk mengangkat muka. Eh, mana menghilangnya Syakif ni? Cuma tinggal aku dengan mamat ni aje ke dekat dapur yang tak berapa selamat untuk melarikan diri? “ Hei, orang tanya ni!” Lissa pantas menggeleng. “ Sebenarnya saya…er…” belum sempat Lissa habiskan ayatnya, jejaka itu sudah berlalu pergi.

Pemuda yang bernama Hafizan itu merupakan abang kepada Syakif Idham. Raut mereka nyata berbeza. Perwatakan mereka pun turut berbeza. Diakah jejaka yang membantu aku semalam? Wajah mereka hampir serupa! Tetapi pemuda semalam itu bertutur dalam bahasa jepun dengan fasih. Sedangkan Hafizan langsung tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia itu fasih berbahasa jepun. Lagipun, bukankah auntie Susie dan suaminya berbangsa melayu? Tetapi, kelakuan mereka serupa. Merenung tajam dan kemudian berlalu pergi tanpa kata. Ish, tak mungkin dia.. tak mungkin Hafizan..

***********

“ Er..rasanya pukul berapa auntie balik?” Susie memandang lembut raut manis Lissa. “ Lebih kurang pukul 7.00 pagi..” Lissa terkejut mendengar pernyataan itu. “ Esok ke?” “ Takkanlah hari ni kot, kelakarlah Lissa ni..function auntie tu sampai lewat malam. So, it’s better auntie tidur hotel jelah kot..” Lissa hanya sekadar mampu untuk tersenyum tawar dalam keadaan terpinga-pinga. “ Okey, got to go now, take care honey!” ucap auntie Susie sebelum kedengaran deruman kereta sedang meluncur pergi.
‘ Auntie Susie ni biar betul? Dia tinggalkan aku sorang-sorang kat rumah yang ada seguni lelaki ni?! Hm… apalah yang akan berlaku nanti..’ Lissa harap tidak adalah apa-apa perkara buruk menimpanya. Hanya dia seorang sahaja yang sedang duduk bersantai di atas sofa ruang tamu villa itu. Bersantai? Lebih kepada duduk dalam keadaan resah sebenarnya. Dari tadi dia berdiri kaku di luar rumah selepas Puan Susie pergi. ‘ Bosannya… kalau ada auntie Susie bolehlah juga diajak berbual..’ Punat merah alat kawalan jauh untuk televisyen itu ditekan. Minda Lissa ligat bekerja, merancang apa yang sepatutnya dia lakukan selepas ini.
‘ Hm..kalau ikutkan apa yang auntie Susie cakap, senorita pergi Indonesia seminggu. Maknanya, lusa la dia balik sini. So, apa yang aku kena buat? Takkanlah nak lepak-lepak Malaysia sesuka hati je dekat rumah orang macam ni.’ Lissa menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Seperkara lagi, Lissa terus menggigit bibir apabila teringat tentang penipuannya kepada keluarga Senorita dengan mengatakan dia anak saudara Senorita. Sambil Lissa berfikir, jarinya menukar siaran beberapa kali sehingga ke siaran tentang sukan. ESPN.
‘ Itu alasan paling tak logik. Tapi entah kenapa diorang percaya. Ke diorang buat-buat percaya?! Tak mengapalah, malam nanti aku keluar senyap-senyap dari rumah ni dan lepas tu..’ bibir bawahnya terus digigit. Terpapar satu perlawanan bola sepak di skrin. Lissa memang tidak beberapa minat dengan bola sepak. Belum sempat jarinya menekan punat untuk menukar siaran lain tiba-tiba…
“ Wei korang, Manchester United lawan Chelsea seh!” terdengar laungan seorang jejaka. Kemudian kedengaran suara-suara lain. “ Betul ke?! Alamak, dah nak dekat habis separuh masa kedua la..” Iltizam merungut lalu melompat duduk di atas sofa berdekatan Lissa. “ Manalah aku tahu, ni pun nasib baik Lissa bukak channel sport. Kalau tak, melepas terus!” Syakif membalas sambil melabuhkan punggungnya ke atas sofa disebelah Iltizam. Dan kemudian.. “Oii.. sampai hati tengok bola tak ajak aku!!” Fikri entah datang dari mana terus duduk di sebelah Lissa. “ Ehem!” tak semena-mena Tiz bangun dan duduk disebelah kiri Lissa. Lissa sudah kelihatan tidak sedap duduk. Syakif menjeling tajam ke arah sepupu-sepupunya itu. “ Wei korang ni, lebih-lebih la pulak!!” “Alamak Tiz, ada sorang mamat tu jelous la!!” usik Fikri sebelum ketawa mereka berdua lepas. Kemudian, dua bantal melayang dan tepat mengena muka dua ‘kutu’ yang sedang duduk bersebelahan Lissa itu. Lissa pula sudah lupa terus masalah yang sedang bermain difikirannya sebentar tadi dan ikut ketawa.

***********

Lissa meninggalkan ruang tamu sambil ketawa kecil. ‘ Hei, macam-macamlah diaorang ni..’ Perlawanan bola sepak tadi itu sebenarnya akan ada ulangan sebentar lagi. ‘Nak buat apa ya?’ Lissa terfikir-fikir apa yang harus dia buat sekarang. ‘Oh ya, pasal rancangan nak keluar dari rumah ni malam karang.” Lissa mengeluh. Dia berat hati untuk pergi begitu sahaja. Namun, alasan apa yang sepatutnya dia berikan pada penghuni rumah ini yang menyambut baik kehadirannya. Tiba-tiba, muncul satu idea di mindanya. ‘Kalau nak tambat hati lelaki, kita kena jaga perutnya dulu. So, apa kata aku masakkan sesuatu untuk diorang ni. At least, tak la nampak kureng hajo sangat kan bila aku blah nanti.. Eh, tapi, petua tu macam untuk isteri yang nak tambat hati suami. Apa kena mengenanya dengan situasi aku sekarang ni? Alah, kira halal lah tu…yang penting niat aku baik.’ Lissa mengangguk-anggukkan kepalanya sambil berjalan kea arah dapur. ‘hm..apa kata aku masak sphagetti!’ Kebetulan auntie Susie tidak memasak apa-apa untuk mereka malam itu. ‘Okey, jom buat sphagetti!!’. Sewaktu Lissa ingin melangkah masuk ke ruangan dapur, tiba-tiba dia terdengar… “GOOOL!!!” ‘ Eh, siapa pulak dekat dapur ni?!’ Lissa kelihatan agak terkejut apabila mendapati ada seorang jejaka sedang duduk di meja ruangan dapur itu sambil menonton televisyen yang memang disediakan disitu. Apa mamat ni buat kat sini?!!

“ Oh, hai ‘cik maid’!” jejaka itu menyapa. Cik maid? Maid ke? Aku bukan maidlah!! “ Er.. sebenarnya saya bukan…” seperti dahulu jejaka itu memotong percakapannya. “ Boleh tolong masak something tak? Lapar la…” Ucap jejaka itu sambil tersenyum. Lissa terpana.‘Aiseh, handsome la pulak mamat ni bila dia senyum macam tu…’ Hafizan memandang hairan ke arah gadis dihadapannya itu. “ Lah.. ni apasal senyap pulak ni…” Bagaikan tersedar dari lamunan, Lissa terus mengangguk. “ Okey, saya masak sesuatu..” Lissa berlalu ke ruangan memasak sambil tersenyum pahit.

Dia memandang ke arah jejaka tampan di hadapannya. Tangannya sedang sibuk memotong tomato untuk dibuat kuah sphagetti. Tak semena-mena pandangan mereka bertembung. “ Siapa nama awak, cik maid?” “ Ah? Ouch!” Dia memandang ke bawah. Dia telah terpotong jarinya sendiri.
“ Aduh…” Hafizan bingkas bangun apabila melihat gadis itu tiba-tiba mengerang kesakitan. “ Kenapa?!”tanyanya cemas.
 
************

Lissa memandang jarinya yang berbalut. Perbualannya dengan jejaka yang bernama Hafizan itu sebentar tadi bagai terlayar semula. “ Oh, jadi nama awak ni, Lissa Raihana. Hm.. nice name..” kata Hafizan sambil menyapu ubat di atas jari Lissa yang luka. “ Tapikan,saya lebih suka panggil awak Raihan..” jejaka itu terus mengomel. “ Er.. ke,kenapa?” tanya Lissa gagap. ‘Hi…apa yang dia mengarut ni..’ Jantungnya bagaikan mahu tercabut apabila Hafizan tiba-tiba mencapai jarinya yang luka untuk disapukan ubat seketika tadi. “ Entahlah, dengar macam lebih sweet. A-tau, awak lagi suka saya panggil awak ‘cik maid’?” balasnya sambil tersenyum nakal. Lissa pantas menggeleng. “ Taklah!”. Seumur hidupnya, di San Francisco,
mahupun di sini, tiada sesiapa yang pernah memanggilnya dengan nama itu, Raihan.
Kecuali daddynya yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya.
“ Okey.. mulai sekarang, saya akan panggil awak Raihan t.c.m..”. “ Hah?!”
‘ t.c.m.? Apa tu?’ “ Raihan, the cik maid!” Bulat mata Lissa tika itu. ‘Maksudnya, Raihan, cik pembantu rumah! Eii..jahatnya dia ni..!’ Tanpa pamitan, tiba-tiba Hafizan mencuit hidung Lissa sambil tersenyum dan terus berlalu dari situ.

************

Hari ini dia terpaksa bekerja lebih masa lagi. Hospital swasta yang terletak di Damansara itu memang selalu sibuk tidak kira siang atau malam. Iman berlari-lari anak menuju ke wad ICU sambil memegang beberapa fail dan stetoskopnya. ‘ Hish…baru second day aku kena tukar kat hospital ni, dah kena buat kerja lebih masa’. Beberapa orang jururawat yang berlalu disitu ramah mengucapkan ‘hai Doktor Iman!’ kepadanya. Memang tidak dinafikan, rupa parasnya memang kacak. Ditambah lagi dengan statusnya sebagai seorang doktor pakar dan status tambahan, ‘double s. w. g. - still solo without girlfriend’, sudah tentu semua kaum Hawa yang masih solo di Hospital tersebut akan berusaha men‘tackle’nya.

***********

“ Wah, sedapnya bau…” kata Fikri lalu mengambil tempat disebelah Hafizan yang sedang menjamu selera. “ Mana Tiz dengan Akif?” tanya Lissa hairan. Sejurus selepas itu, kedengaran suara-suara yang seakan-akan menjerit. “ Ya Allah!! Macam tu punya bola pun boleh past ke?!!” kemudian diikuti dengan suara lain. “ Woi!! Pergi balik la oii!!! Baik kasi kucing aku je jadi keeper lagi bagus!!”. Seketika kemudian, muncul kelibat Iltizam dan Syakif dengan raut wajah bagai tin sardin kemik yang sudah expired.
“ La..apasal ni?” tanya Lissa double hairan. “ Biasalah Raihan… bila kita menyokong satu pasukan yang ‘kureng’ terel, masalah-masalah seperti rungutan tak puas hati dan membentak marah tak memasal setiap kali habis satu game adalah perkara yang sangat nor-mal.” hujah Hafizan dengan nada yang amat melucukan. Kemudian Fikri menambah. “Nak buat macammana, Chelsea memang terel. Ish! Tak boleh, tak boleh, tak boleh. Mana boleh cakap macam tu….kesian kat korang berdua, Manchester kalah….” Ucap Fikri penuh dramatik. “ Tapi Dent…” lembut suara Fikri kedengaran sebelum dia menyambung. “ Chelsea menang 3-0 seh!!!” diikuti dengan sorakan padu Hafizan, “Yeah, Chelsea, go brother!!” Dan terciptalah satu sketsa dimana ada dua jejaka bersorak gembira, dua lagi menunjukkan ekspresi macam ‘tin sardin kemik yang dah expired’disertakan kutukan-kutukan padu kepada pasukan favourite mereka sendiri, manakala si gadis seperti biasa, terpana tidak memahami apa yang berlaku.. –slow betul la minah ni-

************

Iman menolak pintu yang tertera nama ‘Dr. Iman Hafizan’ lalu melemparkan stetoskopnya ke atas meja. Dia tersandar keletihan di atas kerusi ‘king size’nya. Iman melihat waktu pada telefon bimbitnya.
‘ Hm..dah pukul 1.30 pagi.’. Kemudian, baru dia tersedar ada tulisan yang mengatakan dia mendapat satu mesej baru. Punat ‘read’ ditekan.

Iman, smlm kau smpi sini lmbt ke?
Aku x smpt nak jemput kau kat airport
sbb aku ada hal kecemasan.
Nnti kita jmpa ok.
Jgn lupa bwk skali brg aku 2!!
-Fakih-

Setelah membaca mesej tersebut, motorola razr miliknya itu dilemparkan ke atas meja, bersebelahan dengan stetoskopnya tadi. Rakan karibnya yang menghantar mesej tadi. Rakannya itu memang cuai. Jika tidak, sudah tentu dia tidak akan terlupa bahawa dia sudah tertinggalkan barangnya yang sangat penting sebelum bertolak dari Tokyo,Jepun ke Malaysia. ‘ Hei, Fakih,Fakih. Bilalah sikap ‘mak nenek’ kau tu nak hilang?’.

***********

Jam berdetik tepat pada pukul 12.30 malam. Tiba-tiba kedengaran bunyi telefon berdering. Kemudian diikuti dengan bunyi tapak kaki yang sedang melangkah turun dari tangga. “ Hello, siapa tu?” tanya Lissa yang masih dalam keadaan ‘mamai’. “ Ini dari Hospital Kebangsaan Damansara…”

     Fikri memecut kereta selaju mungkin. Panggilan telefon seketika tadi sememangnya bukannya suatu petanda baik. Pihak Hospital Kebangsaan Damansara memberitahu bahawa auntie Susie telah menghadapi kemalangan dan sedang dirawat di bilik rawatan kecemasan. Lissa sudah teresak-esak dari tadi. Shakif dan Hafizan hanya berdiam diri. Namun, wajah mereka memang benar-benar tampak keruh. Iltizam pula sedang menghubungi ibunya, Puan Sri Riana untuk menyampaikan berita tentang insiden malang yang menimpa ibu saudaranya. Semasa kenderaan yang mereka naiki melalui jalan yang bersimpang empat, tiba-tiba sebuah lori meluru dari simpang di sebelah kanan mereka. Fikri tidak sempat menekan brek kerana kereta itu dipandunya terlalu laju. Lalu…………

**********

Lissa Raihana cuba untuk membuka kelopak matanya yang terasa amat perit. Pandangan mata yang tadinya samar-samar beransur-ansur jelas. Dia sedang terbaring dia atas katil di dalam sebuah bilik. Wad hospital rupanya. Kedengaran bunyi pintu wad tersebut dibuka. “ Oh, you’re just wake up. How are you?”seorang jejaka menyapanya. Tertera nama
‘Dr. Iman Hafizan’ di name tag miliknya. Lissa sekadar mengangguk. Kemudian seorang jururawat memasuki wad itu.
“ Em, doktor, apa dah terjadi sebenarnya?” tanya Lissa lemah. Kepalanya terasa sangat sakit. Doktor muda itu tersenyum. “ Kepala cik terhentak kuat masa cik accident. Tapi, cik jangan risau. Just rehat secukupnya dan jangan fikir kuat sangat, okey.” Lissa memandang doktor itu lama. Dia rasa ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya. ‘Sekejap, siapa saya?’ Lissa cuba untuk berfikir. Dia tidak ingat apa-apa lagi. Tetapi kepalanya jadi bertambah pusing dan sakit. Lalu, semua menjadi gelap.
 
******** 
Hafizan berlari-lari anak ke arah kaunter pertanyaan Hospital Kebangsaan Damansara.
“ Minta maaf nurse, tumpang tanya. Ada tak pesakit bernama Lissa Raihana?” Jururawat itu bertanya ramah. “Sorry, encik ni siapa?” “ Oh, saya abang saudara dia..” Jururawat tersebut mengangguk lalu beralih ke komputer di hadapannya dan mencari nama pesakit yang bernama Lissa Raihana. “ Em, minta maaf encik, tak ada pesakit yang bernama Lissa Raihana. Yang ada cuma Melissa sahaja.” Hafizan berasa hampa. “ Nurse, boleh bagitahu dia di wad yang mana?” jururawat itu mendongak. “ Maksud encik pesakit yang bernama Melissa? Dia berada di wad 308, tingkat 4, blok A.” Hafizan menangguk. “ Terima kasih nurse.” Dia terus bergegas ke arah lif Blok A.

***********
 
     Doktor Iman menarik tombol untuk menutup pintu wad 309. Pesakitnya baru saja terlelap akibat ubat penahan sakit yang telah diberikan. Di luar sikap profesional sebagai seorang doktor, dia berasa kasihan terhadap pesakit tersebut. Pesakitnya itu bukan sahaja kehilangan ingatan, malahan tidak ada apa-apa dokumen yang menyatakan siapa keluarganya. Jadi, pihak hospital tidak dapat menghubungi sesiapa yang mengenali pesakit tersebut. Apabila Iman berpusing, seseorang telah melanggarnya dan mendorongnya ke belakang.
‘Aduh, siapa pulak yang jalan tak pakai mata ni…’. Keluh Iman di dalam hati. “Sorry encik, saya terleka tadi..Eh, kau..” kata gerangan yang melanggarnya sebentar tadi. Iman mendongak. Fakih!
“ Eh, kau kenapa? Apa kau buat kat sini?” Iman melihat wajah sahabat karibnya itu. Ada plaster di dahinya, bawah dagunya dan kelihatan ada balutan di tangan kanannya. Fakih hanya tersenyum kelat. “ Aku, aku accident tadi. Tapi aku okey, cedera ringan je..” Bulat mata Iman. “ Kau accident?! Macammana boleh accident ni..?” Fakih mengeluh. “ Im, sorry la, boleh tak kita cerita nanti. Aku ada hal sikit la sekarang ni.” Iman terdiam sebentar kemudian mengangguk. “ Okeylah, nanti kita jumpa orait..”.

*************

Hafizan terus mengetuk pintu wad yang tertera nombor 308. Beberapa saat menunggu akhirnya pintu wad tersebut terbuka juga. “ Ya, sekejap..” Hafizan terpana memandang gerangan yang membuka pintu. “ Tiz!” Iltizam memandang Hafizan lega. “ Dent, kau rupanya. Nasib baik kau tak apa-apa..” Hafizan memandang hairan sepupunya. “ Kenapa? Apa dah jadi?” Hafizan terdiam apabila memandang dua orang pesakit yang berada dalam wad tersebut. Salah seorang daripada pesakit tersebut ialah mamanya, Puan Susie. “ Kenapa mama aku ada kat wad ni?” tanya Hafizan hairan.
“ Semua wad dah penuh. So, auntie terpaksa menumpang kat wad ni buat sementara waktu.” Hafizan mengangguk faham, kemudian dia teringat sesuatu.
“ Tiz, Fikri, Syakif dengan Lissa mana?” “ Fikri cedera teruk.Tapi, dah stabil la sekarang. Baru tadi aku pergi tengok dia. Wad dia nombor 325. Tingkat ni jugak. Syakif pulak cedera ringan. Doktor tengah rawat dia sekarang. Lissa..” Iltizam nampak risau. “ Aku dah cuba tanya nurse kat kaunter, tapi takde sesiapa pun yang tahu kat mana Lissa sekarang. Dent, aku risau gila kat Lissa ni…”
Hafizan mengeluh berat lalu duduk di kerusi pelawat yang disediakan. “Semua ni jadi sekelip mata aje.. Susah aku nak percaya..” Memang benar, segalanya berlaku secara drastik. Semasa mereka bergegas untuk ke hospital apabila mendapat tahu ibunya kemalangan. Entah bagaimana kereta yang dipandu oleh Fikri boleh berlanggar dengan sebuah lori. Hafizan masih ingat, ketika itu dia, Iltizam dan Syakif yang duduk di bahagian kiri kereta telah tercampak keluar. Lori tersebut telah merempuh bahagian kanan kereta dimana Lissa dan Fikri berada. Dia hanya mampu menjerit nama mereka berdua sebelum dia pitam. Kemudian, apabila dia tersedar, dia sedang terbaring di atas katil hospital. Disebabkan kecederaannya ringan sahaja, dia dibenarkan keluar dari wad hari itu juga.
“ Dent, aku nak pergi beli makanan kejap kat bawah. Kau nak apa-apa ke?” tanya Iltizam. Hafizan hanya menggeleng. Apabila Iltizam hendak membuka pintu, pintu tersebut telah dibuka daripada luar. “ Akif, kau rupanya. Macam mana, dah okey?” Iltizam bertanya. Dapat dilihat tangan kiri Syakif yang dianduh. Apabila memandang abangnya juga berada disitu, Syakif tersenyum tawar. “ Aku okey. Tangan kiri aku ni je, problem.” Iltizam mengatakan yang dia hendak ke kedai serbaguna di tingkat bawah, lalu berlalu keluar. Syakif mengambil tempat di sebelah abangnya. “ Abang Dent, tau Lissa kat mana?”
“ Tak..” jawab Hafizan pendek. “ Abang rasa nak buat police report..” sambungnya. Syakif mendengar cadangan abangnya sambil memandang kosong ke arah mamanya. “ Harap mama cepat-cepat la sedar..” kata Syakif perlahan. Hafizan hanya mampu menepuk bahu adiknya. Memberi semangat. Selepas kematian papa, mama merupakan insan terpenting buat mereka berdua. Syakif takut, mamanya juga akan mengikuti jejak papa.


p/s: yeah. ni pun cerita tak habis. kalau korang bg motivasi. maybe aku akan habiskan. ehehs