hari tu aku belajar deductive method. so ak rasa macam nak imply ilmu tu kat sini..
premis 1:semua orang ada masalah dalam hidup
premis 2: aku orang
konklusi: aku ada masalah
kenapa aku nak sesebok cakap kat sini pasal aku ada masalah? bukannya dengan satu dunia tau masalah aku ni separuh dari beban masalah aku tu akan hilang. tak. aku nak cakap masalah aku ni sebab aku rasa aku tak mampu nak cakap masalah aku secara face to face dengan sesiapa. sebab aku tak boleh cakap, sambil nangis. So, aku kira takpelah kalau aku bagitau masalah aku kat sini kan? sebab kalau pun satu dunia boleh baca, bukan diorang boleh nampak muka aku pun. Jadi, aku okey je kalau orang tau masalah aku, asalkan orang tu tak pandang aku ngan pandangan yg luar biasa bila kita terserempak nanti.Sebab nanti aku akan jadi tak okey.
Masalah aku senang je. Semua benda yang aku harapkan tak berlaku dah mula berlaku.
Tapi belum apa-apa aku dah meroyan macam aku ditimpa masalah negara. nasib baik aku takde cita-cita jadi PM ke hapa masa kecik-kecik dulu. so sekarang ni, aku dalam kondisi macam orang sakit virus mata. teruk gila. aku nampak muka aku teruk la. mungkin hakikatnya tak.
Antara benda yang aku tak harap berlaku tu is, orang yang aku sayang ada masalah. tengok betapa twisted-nya masalah aku. dah pasai apa aku dok penin pasal masalah orang sampai jadi masalah kat aku plak??
pasai aku care. pasai aku saaaaaaaayaaaaaaaaaaaaaaaang sesangat kat depa.
ni dah pasai apa dok speaking utagha ni.....transform ke diri normal.
okey, so korang faham tak masalah aku ni? aku orang yang sangat lemah sebab aku selalu nak tunjuk aku okey, aku matang, aku baik, aku purrfekk. masalahnya, aku hanyalah aku. yang nak bergembira tengok movie, main game, makan, tido, lepak ngan member hari2, mengamuk tak tentu hala, emo-emo tak tentu hala, menangis tak tentu hala, sakitkan hati orang tak tentu hala dan ulang balik ke rutin tgk movie tadi so on and so forth. tapi aku tau, aku tak boleh buat macam tu semua! TAK BOLEH!
sebab apa? sebab aku bukan kat syurga. aku tak boleh terlalu bersenang lenang mengiyakan apa yang aku buat tu sebagai betul jika hakikatnya salah.
orang cakap, "bukan salah besar pun nak sakitkan hati orang lain. dah orang tu sakitkan hati aku dulu. so, what? kira fair and square laa!"
dan aku cakap macam angel. " apasalahnya kau maafkan jelah dia. mana tau nanti dia sedar sendiri silap dia.
aku positif gila gila kan? terhapa-hapa kan orang bajet angel macam aku. yang nak dunia ni aman damai walaupun terpaksa menipu perasaan sendiri.
percaya tak jika kita tipu diri kita dengan cakap kita akan suka orang yang kita paling benci, lama-lama hati kita akn lupa yang kita sedang menipu. dan orang yang paling kita benci yang tak tau menahu pun pasal kebencian kita tu akan turut sama menyukai kita. kenapa tak boleh aku fikir begini?
sebab, orang kata hidup ni tak boleh jadi penipu. tapi aku menipu demi kebaikan. walaupun aku gunakan word menipu tapi maksud sebenarnya ialah aku tak ikhlas. atau kalau nak kasar sikit lagi, aku manusia hipokrit. tapi kalau akau mahu jaga hati orang yang sangat sanga aku sayang, apa salahnya?
dan kepada orang-orang yang sangat sangat aku sayang, kenapa kalian tak menyayangi sesama sendiri? atau kalian sebenarnya sayang, tapi ada satu tembok ego yang menahan kalian daripada menunjukkan rasa sayang kalian?
jadi, apa yang tinggal untuk aku? kalian akan terus dengan cara kalian, aku dengan angan-angan positif aku?
jadi jalan di depan kita yang selama ni kita sangka lurus sebenarnya memang bengkang bengkok?
dan cuma aku saja yang tidak sedar hakikat ni kerana selama ni aku pakai spek yang berkabus positif?
jadi, aku salah anggap. dan aku salah?
jadi kalian mahu aku putus asa dengan positif? kalian mahu aku jadi seperti kalian? berubah bersama waktu seperti kalian?
jawapannya, aku tidak mahu.
aku masih aku. dan aku percaya, aku ada Tuhan di setiap sisi jasad aku. aku takkan berputus asa kerana tiupan ujian yang secebis ini dari Tuhan yang sayangkan aku. aku positif bukan? Aku percaya Tuhan sayangkan aku dan tentukan qada' aku untuk bertemu semua orang yang aku sayangi. dan melihat mereka dengan perubahan mereka.
Tuhan seperti memberi aku misi. Untuk jadi lebih baik dari semalam dan membantu orang lain yang aku sayangi untuk jadi lebih baik dari hari-hari semalam mereka yang sememangya baik.
Terima kasih Tuhan, Alhamdulillah. Aku tahu, aku sedang berdialog dengan setiap inci hemisfera otak aku ini. tapi tak mengapa, kadang-kadang kita kena muhasabah diri untuk mendapatkan jawapan.
dan jawapan aku ialah, masalah aku bukan masalah. tapi ujian. jika aku kental, aku akan mampu menempuhinya.
dan aku berdoa dan sangat berharap aku miliki kekentalan itu.