kita bersemuka dan
kau tak mampu lagi
lihat aku
seperti dahulu
seperti sekarang
aku mohon maaf
sepuluh jari
aku berubah
bukan kerana aku mahu
kerana aku perlu
kadang
kerana takdir tersurat begitu
kadang
kerana aku kalah dengan nafsu
kadang
kerana aku lupa kamu juga
punya jiwa yang mampu
marah
punya daya untuk berubah
dan bila nanti
kita sudah sama-sama
tak mampu lagi
lihat kita
seperti dahulu
seperti sekarang
aku mohon kau jangan lupa
kita yang dahulu
kita yang sekarang
kerana aku tidak akan.