Kalau kau tanyakan aku,
Aku akan kata
Kadangkala aku tahu,
Kadangkala tidak,
Dan di kala ini jawabku
Tidak.
Cinta itu hakikatnya abstrak
Aku melihatnya begini dan begitu,
Tapi mungkin kau dan kau tidak.
Cinta itu kadangkala dibibir
Kadangkala di lidah
Kadangkala di hati
Kadangkala di tinta
Kadangkala di mata
Kadangkala di harta
Dan kadangkala di hayunan tapak tangan.
Cinta itu berbagai
Ada yang mahu segera
Ada yang mahu segalanya
Ada yang mahu dalam terpaksa
Ada yang mahu kerana nama.
Cinta itu jika ditanya aku
Mahu yang mana?
Aku mahu cinta yang bisa buat aku damai,
Cinta yang ikhlas diberi tanpa dipinta,
Cinta yang tidak terhad sampai di liang lahad,
Cinta yang buat semua jadi mudah,
Cinta yang bisa jadikan aku darjatnya tinggi
disisiNya,
Cinta yang bila di akhir hayatku, tidak aku sesali apa-apa.
Cinta itu aku mahukan dari sisi ideal.
Tapi ini hanya tinta. Belum tentu nyata.
tapi tinta aku ialah kata-kata.
dan kata-kata aku ialah doa.
Dan doa aku mungkin menjadi nyata.