~jangan singgah kalau tak masuk~

"when my hand start talking, my tongue could only listen. "

Sunday, April 9, 2017

Hero

Dulu kau superhero
Yang terbang gah dimata
Buat aku yg kerdil 
teruja
terpaku.

Aku mahu jadi seperti kau.

Seorang superhero.

Tapi

Sampai satu detik
Aku tak lagi sekerdil dulu
Dan melihat kau
Superhero ku
Entah kenapa
Terbangan kau seolah
Tak setinggi dulu

Dan kini aku 
Mula memahami
Kau adalah manusia
Yang aku angkatkan menjadi
Superhero
Gelaran yang tak pernah kau minta
Gelaran yang tak kau tahu
Wujud di hati ku.

Kau superhero zaman kerdilku
Kini kau tidak lagi terbang
Di mataku di hatiku
Dan aku cuma mampu katakan
Terima kasih
Untuk memori yang indah.