~jangan singgah kalau tak masuk~

"when my hand start talking, my tongue could only listen. "

Sunday, September 23, 2018

Fatamorgana

Aku bukan disini kerana aku ragu
Bukan kerana aku cemburu
Dan semestinya bukan kerana
Aku pilu.

Tangan yang manis
Wajah yang manis
Senyuman yang manis
Lirikan mata
Bait-bait kata
 Semuanya manis.

Aku yang dicipta disini
Entah mengapa
Dipilih sang pemanis
Untuk cinta
Katanya,
Untuk Tuhan
Katanya,
Untuk Dia
Katanya.

Hati dan ragaku
Sepenuhnya mahu percaya
Tapi betapa rapuhnya
Kepercayaan
Keyakinan
Keikhlasan
Keberanian
Aku.

Aku senantiasa tertanya
Layakkah aku?
Atau ini sekadar tipuan
Sekadar fatamorgana?