~jangan singgah kalau tak masuk~

"when my hand start talking, my tongue could only listen. "

Saturday, February 11, 2012

tanggungjawab

Aku khalifah muka bumi.
Aku tahu.
Kau juga khalifah muka bumi.
Kau juga tahu.
Aku tahu tanggungjawab aku.
Aku harap, kau juga tahu.


Aku tahu dunia ini tak kekal.
Aku tahu akhirat itu selama-lamanya.
Aku tahu segala amalanku akan di hisab.
Aku tahu syurga itu sememangnya indah
lagi menawan.
Aku tahu neraka itu sememangnya pedih
lagi azab.
Aku tahu dosa, maksiat dan perkara lagha 
sangat mudah untuk diperolehi.
Aku tahu iman dan hidayah juga 
sangat mudah diperolehi
atas sifat Ar-Rahman-Nya.
Aku tahu jika kita dekatkan diri kita pada-Nya 
sejengkal,
dia akan dekatkan diri-Nya pada kita 
sehasta.
Aku tahu azab yang paling pedih ialah 
apabila 
Dia menarik nikmat iman dan hidayah dari kita,
dan kita takkan dapat lihat kemungkaran 
di depan mata,
lalu
kita membenarkan diri kita melakukan kemungkaran.
Aku tahu Rasulullah itu manusia
paling mulia
disisi-Nya,
tapi  seluruh hidupnya dia 
bersederhana dan tidak bermegah
serta sentiasa merendah diri.
Aku tahu EGO telah menyebabkan neraka jahannam
bertambah ahlinya,
siapa tidak kenal Iblis?
sedangkan bapa saudara Rasulullah s.a.w,
Abu Talib,
menolak iman kerana ego,
balasannya? Api Neraka.

                    Sahabat yang ku sayangi,


Aku harap kau juga tahu apa yang aku tahu.
Aku harap kita sama-sama memanfaatkan ilmu
yang kita tahu.


InsyaAllah.