~jangan singgah kalau tak masuk~

"when my hand start talking, my tongue could only listen. "

Thursday, March 20, 2014

naif

semalam aku terbau harum syurga

dan aku terus rasa euforia
dada ku jadi berdetak kencang tiba-tiba
nafas ku jadi manis
tubuh ku jadi ringan
jalan pun rasa bagai berterbang-terbangan.

semalam aku terbau harum syurga

dan minda aku jadi khayal
akal ku bagaikan larut entah ke mana
jiwa ku bagaikan ditiup buih-buih pelangi
resah ku bagaikan tiada
malu ku bagaikan fatamorgana
cakap pun mahu yang sanjung-sanjungan.

semalam, itu cerita semalam.

hari ini aku bagaikan
penagih yang gian
menunggu bau-bauan
syurga begermelapan.


dan aku tunggu, tunggu dan tunggu.

dan sebenarnya, bau syurga itu tidak datang dari syurga Tuhan yang berkekalan.

dan aku tunggu dan tunggu terus menunggu

tanpa tahu.