apa yang terlihat dimata kau akui
benar
biarpun apa yang terhidang adalah palsu.
apa yang tercium di hidung kau percaya
tanpa sangsi
kalaupun haruman yang disembur hanyir.
apa yang terambil di tangan kau pasti
permata
walau kulit kau tersiat luka dari kaca.
apa yang kau mahu cuma yang putih putih.
yang hitam terlakar oleh aku
kau tidakkan
kalaupun ramuannya penuh ketulusan
kau kata mereka contengan.
kau cipta
dan tamparkan ke dahiku
kalimah azimat kau;
cuma yang putih putih.