~jangan singgah kalau tak masuk~

"when my hand start talking, my tongue could only listen. "

Saturday, January 28, 2012

Cerpen (complete): TIDAK PENTING

#1 Haqeem

“Jangan masukkan dua-dua sekali dalam mulut! Nanti tercekik laa!!”

Sebiji lagi rambutan yang telah dibuang kulit dimasukkan ke dalam mulut.
Ya. Dah ada rupa chipmunk dah.

“Mounew adeww tewwcewkeek…”

Bersusah payah dia mengunyah kedua-dua biji rambutan di dalam mulutnya.

“Budak degil!” Long pause. “Kalau tercekik padan muka. Huh!”

Dia julingkan mata ke atas sambil gigih mengunyah.

“Chipmunk juling!”

Kunyah, kunyah, kunyah. Tiba-tiba..

“Puuuiiii!!”

Dua biji rambutan (biji kepada rambutan ya. Bukan dua biji rambutan) meluncur laju di udara bagaikan dua das peluru menuju tepat ke muka Acai.

“Aqeeeeeeeeeeeem!!!”

Rumah kayu dua tingkat yang dari luar nampak macam setinggan tetapi dari dalam nampak macam kondo tiga bintang itu bergegar dengan bunyi deras tapak kaki dua manusia yang kedengaran seperti ada seratus orang tengah lari maraton.

#2 Balqees

“Dah nak habis waktu la budak.. Pergi solat cepat!”

Dengan kelajuan selaju siput bergerak dia menarik kain telekung (kain kepada telekung ya. Bukan kain telekung) hingga ke paras pinggang. Seterusnya telekung pula ditarik ke kepala dengan had kelajuan yang lebih kurang sama.

“Belum azan Asar lagi laa…oh ya! Tadi orang jumpa anak kucing kat tepi longkang kat tepi sekolah tadika masa nak balik tadi…”

Acai jegil mata. Gigi atas dan bawah diketap.

“Cepat solat laaaa….banyak cerita pulaakk!”

Dia ikat tali di kepala telekung ke belakang kepalanya. Mulutnya masih berceloteh.

“Anak kucing tu kiiiiiiuutt sangat….orang dengan kawan orang bagi nama kat dia..kitorang panggil dia Simba!”

Acai buat troll face.

“Kau ingat kau buat cerita Lion King? Solat cepat!”

Acai libas punggung dia dengan tuala.

“Yelaaaaaahhh..Orang nak solat la niii…Eeeiii, maraaah je tau…”

Dia solat Zohor yang ada empat rakaat dengan kelajuan bersamaan dengan sebiji kereta Ferrari. Orang yang nak gosok gigi pun tak sempat nak berus gigi bawah lepas habis berus gigi atas.

“Ada anjing kejar kat belakang ke?”

Dia sengih selebar-lebarnya sambil menanggalkan telekung sebelum dia hilang dari pandangan.

“Kak Acai!! Orang nak pergi rumah kawan jaaap…nak tengok Simbaaaa!!”
Acai menggeleng-gelengkan kepala sambil mengeluh kecil. Kemudian dia tersenyum. Dan rumah kayu dua tingkat itu kembali sunyi.

#3 Aishah

“Apasal budak-budak tu panggil kau Acai? Apa kaitannya??”

Acai garu-garu dagunya sebelum tersengih.

“Masa diorang still kecik dan cakap pelat-pelat lagi, mak aku panggil aku Ecah. Bapak aku pulak panggil aku Ai. Jangan tanya aku kenapa bapak aku panggil aku macam tu. So, budak-budak tu yang agak confuse apa nama aku sebenarnya pun konklusikan yang nama aku ni Acai.”

Daniel mengangguk-angguk kecil.

“ Nasib baik bapak aku tak panggil aku Da. Pelik sangat bunyinya. Macam bunyi ayat tergantung. Kalau panggil aku banyak kali, macam lucah pun ada.”

Acai ketawa sampai tampar-tampar peha Daniel.

“Sengal la kau ni Din!”

“Sakit la makcik!”

Daniel cuba menampar balik tetapi Acai sudah cepat-cepat turun dari tangga dan cabut lari. Daniel pun turut bangun dari anak tangga paling atas rumah kayu dua tingkat itu dan berlari turun. Acai tak lari laju pun. Jauh pun tak. Tapi Daniel tak dapat kejar dia.

Tiba-tiba kedengaran laungan suara dari arah tangga rumah kayu dua tingkat itu. Suara macam suara Puan Juliana a.k.a Nek Jah iaitu mak kepada mak Acai.

“ Aishaaaah!!! Maghi siniii! Kawan kamu jatuh tangga ni haaa!!!”

*****

Daniel turun dari motosikal kapcai miliknya sambil memimpin dua beg plastik penuh dengan barang. Biasalah, kalau ibunya suruh dia tolong pergi ke Pasar Pagi Bukit Cendawan, list barang yang nak kena beli mesti panjangnya kena sama macam panjang rambut Amy dari kumpulan Search.

“Ibu ni nak buat kenduri kesyukuran ke hape…hadoii..” ngomelya perlahan.

Dia masuk ke rumah melalui pintu belakang a.k.a. pintu dapur kerana dia hendak meletak barang-barang tersebut di dapur. Yelah, mana lagi.

‘ Ibunya..nah! Dumbell dua bijik, segar dari ladang!!” ucap Daniel dengan bangganya sambil meletakkan dua plastik berisi barang ke atas meja dapur.

Ibunya menyahut kata-katanya dalam bentuk bebelan yang panjang lebar. Tapi, Daniel hanya dengar perkataan ‘lambatnya’, ‘daun kesom’ dan ‘Pak Dollah’ sahaja kerana fikirannya tiba-tiba menerawang kembali ke masa lampau apabila matanya terpandang rumah kayu dua tingkat yang usang terletak berhadapan dengan bahagian belakang rumahnya. Fikirannya kembali ke masa ketika dia masih bersekolah menengah tingkatan tiga dan ketika Acai, Nek Jah, Haqeem serta Balqees masih lagi jiran belakang rumahnya. Dari pintu belakang rumah Daniel, dia dapat lihat tangga kayu rumah kayu dua tingkat yang suatu ketika dahulu menjadi port kegemarannya kian mereput dek anai-anai. Daniel teringat betapa rumah kayu dua tingkat itu sangat dibanggakan oleh Acai. Suatu ketika dahulu.

“Kau tau Din, rumah aku ni nampak je macam setinggan dari luar. Tapi, kalau kau masuk, pehhh…serious macam kondo 3 bintang. Kau jangan main-main dengan bakat interior design nenek aku tu..”

Daniel kembali ke alam nyata apabila kepalanya terasa sengal diluku ibunya.

“Aaahhh…Orang lambat sebab cari daun ketom tu la tak jumpa..err…Pak Dollah..haa! dia ada.. ada kirim salam tadi..” Daniel berkata sambil mengusap-usap kepalanya yang sengal. Entah apa yang dia katakan pun dia tidak tahu.

Ibu memandangnya tajam.

“ Sejak bila pulak ibu ni dealer dadah nak suruh kamu cari daun ketom? Daun kesom! Lagi satu, ibu tengah panggil bapak kamu nun, yang kamu kata dia kirim salam tu kenapa? Pagi-pagi lagi dah mengelamun. Hisyh budak ni..” Ibu cakap saling geleng-geleng kepala.

Daniel tersenyum sumbing sebelum bergegas ke biliknya. Takut-takut kalau ibu sambung ceramah motivasi pagi eksklusifnya ke episod dua pula.

*****

“ Acai! Kenapa kau setuju dengan diorang? Nanti macammana dengan adik-adik kau?  Kau tak fikir ke?!” 

Dahi Daniel berkerut-kerut menahan marah. Sebenarnya dahi mereka berdua sama berkerut. Bezanya, Acai bukannya sedang menahan marah, dia menahan air matanya dari tumpah ke pipi.

Bila dia mula bersuara, suaranya kedengaran sangat sayu.

“ Kau nak aku buat apa Din…? Nenek dah takde, siapa yang nak jaga adik-adik aku masa aku pergi sekolah asrama yang jauh tu? Siapa yang nak bayar yuran sekolah, makan minum kitorang semua? Siapa Din…?”

Daniel memandang tepat mata berkaca Acai.

“ Aku kan ada! Apa, aku ni tak penting langsung ke dalam hidup kau sampai kau boleh lupa yang aku sentiasa ada untuk tolong kau?!”

‘Sebab kau penting la aku tak nak bebankan kau dengan masalah aku, lembap!!’ hati Acai menjerit. Namun sambil mengetap giginya, dia menjawab.

“ Tak, kau sikit pun tak penting. Sa-sama macam tempat ni. Semuanya dah tak penting lagi dah.”

Secara realitinya, bumi diantara rumah kayu dua tingkat itu dengan rumah batu satu tingkat dihadapannya tidak berganjak walaupun seinci. Namun, Daniel dapat lihat tanah sepanjang 7 meter dihadapannya yang memisahkan rumah batu miliknya dengan rumah kayu milik Acai seperti telah retak di tengah dan rekahannya semakin membesar.

“Kirim salam kat ibu dengan Pak Dollah. Assalamualaikum.”

Dan rumah kayu dua tingkat itu perlahan-lahan semakin hilang dari pandangan. Daniel panik tiba-tiba.

“Acaaaaaaaii!!”

Mata Daniel terbuka luas. Dia memandang sekeliling. Abangnya yang dari tadi sangat fokus dan asyik bermain game di laptop kini sedang memandangnya hairan.

“ Kau mimpi motor kapcai kau kena curi eh?” tanya abangnya sambil ketawa kecil.

*****

Haqeem dan Balqees melihat Acai semakin jauh dari pandangan melaui cermin belakang kereta mewah milik ibu bapa angkat baru mereka. Mata mereka masih merah dan berkaca, tetapi tiada lagi bunyi tangisan yang kedengaran. 

“Auntie Maria..kenap-”

“Mama.” kata-kata Balqees dipotong laju oleh Puan Maria.

Balqees menelan liur.

“Mama, kenapa Kak Acai tak kasi Balqees dengan Haqeem duduk kat rumah nenek lagi?” suara Balqees sayu.

“Sebab dia dah tak sayangkan kamu.” Puan Maria menjawab tanpa memandang ke belakang. Encik Sufi di sebelahnya hanya memandu dengan kepala lurus memandang jalan.

“Tapi kenapa? Sebab kitorang selalu nakal ke? Aun-er..mama, kitorang janji takkan nakal lagi! Nanti mesti Kak Acai sayangkan kitorang balik!” Haqeem pula bersuara.

“ Balqees, Haqeem, Kak Acai kamu akan dapat keluarga baru nanti. Dia akan ada adik-beradik baru untuk dia sayang. Kamu berdua dah tak penting lagi dah bagi Kak Acai..” kali ini baru Puan Maria menoleh ke belakang. Dia bercakap dengan nada yang lembut dan raut muka yang manis.

“ Tak penting?” Balqees bertanya lagi.

“ Ya. Maknanya, dia dah tak nak tengok kamu berdua lagi, tak nak kamu tinggal dengan dia lagi. .”
Mendengar jawapan tersebut, kedua kanak-kanak yang berusia 6 tahun itu bagaikan mahu menangis semula. Namun, Puan Maria cepat-cepat bersuara.

“ Tapi, Balqees dengan Haqeem ada mama dengan papa sekarang. Mama dengan papa sayaaang sangat dekat Balqees dengan Haqeem. Nanti, kita sampai kat rumah, Balqees boleh main dengan baanyak Barbie. Balqees suka Barbie kan? Haqeem pulak boleh swimming puas-puas kat swimming pool. Swimming pool rumah kita besaaar sangat. Jadi, Mama tak nak dengar pasal Kak Acai lagi dah lepas ni. Okey?”

“Okey Mama.” Serentak kedua kembar itu menjawab.

‘Hmphh..senang sangat nak tackle budak-budak gullible ni.’ Desis hati kecil Puan Maria dengan senyuman sinis terukir di bibir. Dia tidak perasan ketika itu Haqeem dan Balqees saling berbisik antara satu sama lain akan sesuatu.

“Aqish, Aqim mana pandai swimming.. Aqim tak suka swimming!”

“Aqish pun tak suka swimming jugak. Tapi Aqish lagi tak suka Barbie. Aqish suka Simba!”

*****

Aishah melangkah perlahan-lahan ke arah rumah tersebut. Rumah itu hampir roboh dek anai-anai yang siang malam gigih menggigit setiap lapisan kayu rumah tersebut. Matanya terarah pula ke arah rumah batu yang membelakangkan rumah yang hampir roboh itu. Rumah batu yang dulunya hanya satu tingkat itu kini dalam proses renovation.

‘Ibunya dah maju sekarang.’ Desis Aishah di dalam hati. Bibirnya terukir senyuman kecil.

Rasanya semua penghuni rumah tersebut telah berpindah ke tempat lain sementara proses renovation itu dijalankan kerana rumah itu sangat senyap dan sunyi.

Tiba-tiba kedengaran deruan bunyi motor menghampiri perkarangan rumah batu itu. Pada mulanya Aishah ingin menyembunyikan dirinya, tetapi bila dia fikir semula, tak semestinya itu motor milik penghuni rumah batu tersebut. Mungkin salah seorang daripada pekerja untuk proses renovation rumah batu itu sudah tiba untuk menyambung kembaali kerja-kerjanya.

Aishah berjalan menuju ke bahagian hadapan rumah batu tersebut. Setelah berfikir-fikir tadi, dia membuat keputusan untuk bertanya pekerja pembinaan itu dimana penghuni rumah batu itu tinggal buat masa sekarang. Entah kenapa dia rasa sangat ingin tahu dimana mereka berada. Ataupun dalam erti kata lain, dimana ‘dia’ berada.

‘Aku just nak tau dia kat mana je. Bukannya apa pun. Bukannya aku nak jumpa dia pun. So, takde masalah, kan?’ Aishah cuba menyedapkan hatinya sendiri.

 Sebiji motor kapcai tersandar di tepi dinding rumah.

‘Orang tu dah masuk dalam ke..’ fikir Aishah sambil menghampiri pintu masuk rumah batu itu yang terkuak sedikit.

“Assalamualaikum! Encik kontraktor?”

Pintu yang terkuak itu terbuka dari dalam dan seorang pemuda muncul di muka pintu.

Aishah nampak dia.
Dia nampak Aishah.

Long long long pause.

“Assalamualaikum Din. Er..Sihat?”  Aishah beranikan diri pecahkan tembok bisu.

“Kau cakap aku ni tak penting.” Daniel renung tajam mata Aishah.

“Ibunya nak besarkan rumah eh. Nak tambah lagi satu tingkat ke?” Aishah ketawa kecil dibuat-buat.

“ Kau kata tempat ni dah tak penting.” Daniel melangkah perlahan-lahan ke arah Aishah.

“Abang kau dah nak kahwin la ni. Tu yang ibu semangat nak renovate rumah ni kan?” Aishah yang sudah tunduk memandang kakinya tak sedar yang Daniel sedang menuju ke arahnya.

“Kau buat apa kat sini?” sekarang Daniel betul-betul dihadapan Aishah. Ada la dalam tiga jengkal. Aishah terus mengangkat muka apabila dia ternampak kaki Daniel di hadapannya dan disebabkan terkejut, dia terundur ke belakang dan hampir-hampir terjatuh.

Tapi of course dia tak jatuh. Sebab Daniel dah cepat-cepat tarik tangan dia sebelum dia jatuh.

Dengan dua tangan Daniel tergenggam kemas kat lengan Aishah dan dua tangan Aishah tertarik kolar baju kemeja Daniel, mata diorang bertembung dalam suatu situasi yang sangat…..arkward.    
              
*****


“Ohh..jadi kamu ni sekarang dah dalam tahun terakhir la ni..Okay sangat la tu! Ibu dok tunggu la bila Aishah nak balik. Si Danish tu dah lama dah tanya-tanya ibu apa yang dah jadi kat kamu. Tanya bermaksud lah tu!” Ibunya berceloteh sambil ketawa girang.

Danish, yang tua dua tahun dari Daniel dan tua empat tahun dari Aishah hanya ketawa kecil di sebelah ibunya.

“Apalah ibu ni. Along tanya sebab dah lama sangat tak jumpa Ecah dengan adik-adik semua. Bila along balik dari UK, tau-tau korang semua dah pindah. Adik-adik semua kat mana? Kenapa tak datang sekali” Danish berkata sambil tersenyum memandang Aishah.

Aishah tersenyum pahit. Berkira-kira di antara menceritakan hal sebenar ataupun tidak.
Belum sempat dia bersuara, satu suara lain muncul dari arah belakangnya.

“Haqeem dengan Balqees dekat sekolah asrama sekarang. Diorang belum cuti lagi.” Datar suara Daniel.

 Tanpa dijemput dia duduk di sofa bersebelahan dengan Aishah. Aishah yang masih terkesima apabila Daniel tiba-tiba menjawab soalan Danish tadi hanya mampu merenung Daniel tajam. Daniel hanya mempamerkan muka selamba.

“Ooh..yeke? Kat mana sekolah diorang tu Ecah? Mana la tau kalau senang Danish boleh datang tengok-tengok diorang. Entah diorang kenal si Danish ni ke tak ye..? ” Ibunya ketawa lagi.

Aishah sudah tidak senang duduk. “Err..diorang…”

“Sekolah tu dekat dengan rumah adik ibu, Cek Nab. Betul-betul kat sebelah Masjid.” Daniel menjawab pantas.

“Lahh..sekolah tu ke? Ada kawan along buat praktikal kat situ tahun lepas. Hmm..senang sangat la nak pergi..boleh jumpa ummi Nab sekali.”


*****


“Apa masalah kau hah? Siapa kau nak mereka-reka cerita pasal kat mana adik-adik aku semua tu?!” Acai menolak bahu Daniel kuat.

“Siapa yang mereka-reka cerita?” Daniel memandang Acai dengan pandangan membunuh sebelum menyambung. “ Setahu aku, bukan aku yang mereka-reka cerita pasal kononnya tempat ni dah tak penting lagi bagi aku, yang aku boleh survive hidup ni tanpa pertolongan sesiapa. Bukan aku yang sanggup serahkan adik-adik aku kat total strangers dengan harapan diorang boleh hidup bahagia. Dan setahu aku jugak, kalau betul la mereka yang tak penting tu akan hidup bahagia dengan ‘keluarga’ baru diorang, kenapa setiap kali aku jumpa diorang, diorang tak pernah nampak bahagia?”

Mata Acai membesar. “ Kau jumpa diorang? Kau betul-betul jumpa diorang?”

“Kalau ye pun, so what? Kau kisah apa?” walaupun ayat Daniel kedengaran pedas tapi nadanya telah mengendur sedikit berbanding tadi. Mungkin kerana Daniel nampak mata Acai sudah berkaca-kaca.

“Aku rindu sangat kat diorang…Siang malam aku asyik terfikir pasal diorang je. Din, diorang jelah satu-satunya keluarga yang aku ada. Kalau la aku tau diorang tak bahagia dengan keluarga angkat diorang, aku sanggup berhenti belajar dan kerja untuk jaga diorang. Aku tak tau Din. Sumpah aku tak tau. Bodohnya aku masa tu! Kenapa aku bodoh sangat masa tu Din?!” Acai sudah terduduk sambil menangis.

Daniel tidak mampu untuk terus-terusan membenci manusia yang terduduk di hadapannya ini. Mana mungkin dia benci? Satu perasaan lain sudah wujud di hatinya untuk makhluk Tuhan bergelar Acai ini.

“Aku dah lama tau kau tu bodoh..” Daniel mencangkung di hadapan Acai. Melihat kerutan di kening Acai, dia menyambung dengan pandangan mata yang seakan tersenyum. “..masa tu. Kalau tak mesti kau bincang dengan aku dulu, tak pun dengan ibu aku dulu sebelum kau buat keputusan. Kau tak percayakan aku ke?” Daniel bertanya perlahan.

“Aku lagi sanggup percayakan Si Tompok tu dari percayakan kau.” jawab Acai sambil tersenyum kecil. Si Tompok, kucing peliharaan ibu yang kebetulan sedang berlalu berdekatan mereka mengiau manja.

Daniel buat muka.

Fine, kau nangis la sorang-sorang kat sini. Aku nak masuk rumah. Kalau nak tau pasal wherabout adik-adik kau, kau boleh tanya Si Tompok. Bye.” Daniel berkata sebelum berkira-kira untuk bangun.

Acai sepantas kilat menarik hujung baju Daniel untuk menghalang dia daripada bangun.

Sorry, sorry! Aku dah lama tak bergurau dengan kau. Tiba-tiba rindu masa kita dulu-dulu. ” jelas Acai.

 Daniel tidak pasti sama ada ia hanyalah bayangannya atau realiti tetapi dia dapat lihat mata gadis dihadapannya ini bercahaya kembali seperti suatu ketika dulu.

“ Kau ni Acai, kalau nak cakap kau rindukan aku pun tak payah la sampai nak tarik-tarik baju aku. Kau nak strip aku eh?” Daniel berkata sambil tersenyum nakal. Nampak dua lesung pipit di pipinya.

“Dapat apa pun kalau strip kau? Xylophone?” Acai senyum sinis.

“ Xylophone ye? Fine, fine.” Daniel memegang hujung bajunya seolah-olah ingin menanggalkan bajunya di situ juga.

 Bulat mata Acai. “Hei! Kau ni tak malu ke ap-” belum sempat Acai menghabiskan ayatnya, Daniel tiba-tiba mendekatkan mukanya ke muka Acai dan berkata dalam nada separuh berbisik.

I’m sexy and I know it.”

Sebagai respon kepada kata-kata tersebut, Acai menolak Daniel sekuat hati lalu bergegas bangun. “ Mamat sakit jiwa.” Acai menjegilkan matanya sambil memandang Daniel yang sudah terbaring di atas tanah dan ketawa terbahak-bahak. Melihat Daniel yang bagaikan tidak mampu berhenti ketawa, Acai menarik muka dan melangkah pergi.

“ Ahh…caii! Acai! Ahha..merajuk ke? Aku bergurau jela..Aku pun rindu zaman dulu-dulu jugak macam kau..zaman sebelum kau cakap aku ni dah tak penting…” Daniel bersuara sambil tersenyum. Dia berusaha untuk duduk dan menepuk-nepuk debu di badannya.

Acai berhenti melangkah dan selepas beberapa saat, dia berpaling. Wajahnya sayu.

“Din, arwah nenek, adik-adik aku, rumah kayu dua tingkat tu, semuanya sangat penting bagi aku. Tapi kalau kau nak tau, kau sebenarnya lagi penting dari diorang semua tu. Kau, kau bukan setakat kawan baik aku je, kau lebih dari tu. Dan kalau kau nak tau jugak, perasaan aku ni tak pernah berubah sejak dulu lagi. Walaupun masa tu aku cakap kau dah tak penting lagi dalam hidup aku.”

Pengakuan ikhlas Acai a.k.a. Aishah itu bukan saja membulatkan mata Daniel, malahan mata ibu dan Along Danish yang dari tadi mengintai dan menelinga perbualan mereka turut sama membulat.


*****


“Aqeem, comelkan diorang berdua! Tak pernah Aqeesh tengok Kak Acai happy macam ni sekali”

“Kan…tapi kenapa abang Din tak bagi kita bagitau Kak Acai pasal masa kita kecik-kecik dulu tu eh, yang kita tak jadi duduk dengan Auntie Maria yang evil tu? Ummi Nab yang jaga kita  instead?”

“Agakla…hm..kenapa eh? Alah, takpelah, tak penting pun.”




*TAMAT*



p/s: See, see! aku boleh habiskan cerita kalau aku nak..hahahaha.