aku ikut kau bila kau berjalan,
aku nampak arah kita berbeza,
tapi aku terus ikut kau,
takut kalau-kalau kau rasa sunyi
berjalan seorang diri.
bila kau berhenti berjalan,
aku juga ikut berhenti,
supaya kita tak berlanggar
sesama sendiri,
takut kalau-kalau kau cedera.
bila kau pandang belakang,
kau akan nampak aku,
kau akan sentiasa nampak aku,
selalunya aku akan senyum
pandang kau,
aku tau hati aku kadang-kadang tak benarkan aku senyum
tapi bibir aku bergerak sendiri,
semuanya untuk kau.
dan kau teruskan berjalan,
dan aku terus ikut,
tapi,
aku ada soalan untuk kau.
walaupun aku tau kepala aku cakap jangan tanya,
hati aku suruh juga tanya;
"kau dah jarang pandang ke belakang,
kau dah tak pedulikan aku ya?
adakah kau fikir
aku akan selamanya berada di belakang kau
jadi kau dah tak mahu hiraukan aku?"