~jangan singgah kalau tak masuk~

"when my hand start talking, my tongue could only listen. "

Tuesday, January 24, 2012

kerdil

Aku, hanya kepingin dunia yang aman.
Tiada konflik,
Tiada masalah
komunikasi dalam hubungan
antara
suami isteri, ibu bapa anak,
guru murid, kawan kawan,
adik beradik serta sesama saudara.

Tapi mereka yang mendengar
hasratku ini
hanya akan ketawa
berdekah-dekah.
Kata mereka usahlah
bermimpi sayangku
di kala suria belum
terbenam di ufuk barat.

Aku mahu pasrah saja
dengan suratan yang gagah
menidakkan kepinginku,
kerana aku terlalu
 kerdil, rabun, lemah,
untuk menegakkan panji hasrat
yang sudah lama membara di jiwa.
Hasratku mereka bisa dengar 
dan selami
tangisan jiwaku. 


Perlukah aku suratkan di bibir
segala tangisan sayu kepinginku?


Adakah mereka tidak bisa melihat
ke dalam mataku dan mendengarnya?