~jangan singgah kalau tak masuk~

"when my hand start talking, my tongue could only listen. "

Monday, January 30, 2012

brader roti

kelajuannya tidaklah mengagumkan
tapi
dari jauh semua mata boleh melihat kelibatnya
maaf
bukan kelibatnya
tapi
kelibat roti-rotinya.

kalau dia gembira
dia picit-picit hon motor.
kalau dia skeptik
dia tak tekan brek walaupun yang memanggilnya terkeluar kotak suara.
kalau dia marah 
dia sanggup rugi dengan baling roti inti mentega ke muka penyebab amarahnya.
'biasalah, kalau tak rugi bukan berniaga namanya' katanya.

dia sememangnya brader roti satu dalam seribu
kerana 
dia ada pendirian yang jitu 
dan 
personaliti yang variasi
serta
motosikal yang gagah menampung roti-roti enak.

siapa brader roti one in a million ini sebenarnya?


p/s: dia brader roti kuang haja yg cuba nk race ngan aku mse aku nak blk rumah tadi. dia kalah la tapi.HAHA.