~jangan singgah kalau tak masuk~

"when my hand start talking, my tongue could only listen. "

Thursday, November 20, 2014

gundah gulana

Apakah aku ini manusia kiasu?
Lihat disana meraih sesuatu,
Maka aku juga mahu.
Lihat disini mengejar sesuatu,
Maka aku juga mahu.

Atau mungkin 
aku bukan begitu?
Mungkin jiwa gundahku
Sedang permainkan mindaku?
Aku bukan kiasu,
Tapi aku sedang merasakan sesuatu?
Ahh. 
Gundah gulana yang menyapa ini
buat aku lesu.

Monday, October 13, 2014

skin

You've turned bitter.
And sour.
You've turned to become the skin 
Of a young mango fruit.

You thought you're getting older.
Supposedly getting
Sweeter and softer with goodness.
But no. You're stuck as that
Young mango fruit's skin.
All bitter and sour.

You exude fragrant smell
To fool whoever near you.
Just to disappoint them 
When they see a hole on you
Punctured by treacherous worm.
Funny to know worms nowadays
Like it bitter and sour.
Or perhaps they just prefer the liking of you.

You're one of a kind
As you turned the law of logic
Upside down.
Instead of getting older as time passed by,
You're stuck as that
Young mango fruit's 
Skin.

hitam pekat

Bagaikan buntut kuali
Hatimu
Berkerak tebal diselaputi
Cemburu
Berkokok lah kau 
Serapah
Benci kesumat kepada
Jiwa-jiwa
Bahagia yang suci dari
Hanyir
Busuk jiwamu yang
Hitam pekat
Boleh tercium nun 
Jauh
Beribu batu.

Biarpun kau rasa kau suci seperti jiwa-jiwa itu
Hakikatnya kau
Hitam pekat
Jiwanya.

Saturday, June 28, 2014

doa untuk Mak

 
senyum mu manis bak mawar menguntum
cinta kau suci murni lagi semerbak harum
 
sayangnya Tuhan akan mu sebenarnya tinggi menggunung
buktinya pedih ujian demi ujian yang kau harung
 
mungkin mereka lihat kau sudah hilang terpesong
jauh dari cinta Ilahi yang maha Agung
 
Tapi mereka buta akan keikhlasan mu yang sekian lama tersarung
yang terlihat mereka hanyalah salakan dan raung
 
kau hanyalah mangsa manusia yang bukan maksum
kau juga mangsa pada sisi gelap yang datang mencium
 
Doa ku pinta ku harap ku semua ku cantum
 
Tuhan
selamatkan lah hamba mu yang satu ini
pancarkanlah cahaya di hatinya yang gelap sirna penuh benci
jangan dia dicaci dikeji
hukuman ke atasnya sudah terlalu lama tanpa henti
bebaskan lah dia untuk sekali ini
biar dia terbang dalam kilauan sinar Dikau yang hakiki.


Thursday, June 26, 2014

panas

Sungguh. 
Aku tahu apa rasanya.

Mungkin panas yang aku rasa,
tidak seterik apa yang kau rasa.

Disini panas puncanya suria,
disana panas puncanya manusia.

Disini mungkin boleh 
ku bersiram tubuh
dengan air dingin
penghilang siksa.

Disana mungkin boleh
kau basahkan lidah 
dengan kalimah suci
penghilang benci dan dengki.

Panas aku ini yang luaran.
Panas kau pula yang dalaman.
Sama tapi berbeza.

Monday, June 2, 2014

monolog JK

aku serik dengan kekejaman ini
aku serik tengok kesannya
aku serik untuk lakukannya lagi
aku serik baiki kerosakannya

nanti tunggu dulu

pernahkah aku baiki kerosakannya?
pernahkah aku henti perbuatanku?
pernahkah aku serik?

entah tiada jawapan

berlari lagi?
bersembunyi?
berpaling?
buat tak tahu?

sudahlah aku tiada jawapan

kerana kepalaku terus menerus bertanya

"Kenapa?"
"Kenapa kau begini?"
"Kenapa aku?"

Sunday, May 18, 2014

pure air


I breathe in clean oxygen
and I exhale.

I breathe in the sight of you
and I exhale.

I breathe in the flutters of emotions
and I exhale.

I'm not sure which particles stuck in my lungs
and run through my veins
but 
I feel good.

Wednesday, April 9, 2014

being

if you could choose to be a flower,
be one that is without thorn.

if you could choose to be a road,
be one that is without boulders.

if you could choose to be a cloud,
be one that is without lightning.

if you could choose to be a bone,
be one that is without crack.

if you could choose to be a heart,
be one that is without envy and hate.

if you could choose to be a better being,
be one.


Friday, March 28, 2014

Putih


apa yang terlihat dimata kau akui
benar
biarpun apa yang terhidang adalah palsu.

apa yang tercium di hidung kau percaya
tanpa sangsi
kalaupun haruman yang disembur hanyir.

apa yang terambil di tangan kau pasti
permata
walau kulit kau tersiat luka dari kaca.

apa yang kau mahu cuma yang putih putih.
yang hitam terlakar oleh aku
kau tidakkan
kalaupun ramuannya penuh ketulusan
kau kata mereka contengan.

kau cipta
dan tamparkan ke dahiku
kalimah azimat kau;

cuma yang putih putih.

Thursday, March 20, 2014

naif

semalam aku terbau harum syurga

dan aku terus rasa euforia
dada ku jadi berdetak kencang tiba-tiba
nafas ku jadi manis
tubuh ku jadi ringan
jalan pun rasa bagai berterbang-terbangan.

semalam aku terbau harum syurga

dan minda aku jadi khayal
akal ku bagaikan larut entah ke mana
jiwa ku bagaikan ditiup buih-buih pelangi
resah ku bagaikan tiada
malu ku bagaikan fatamorgana
cakap pun mahu yang sanjung-sanjungan.

semalam, itu cerita semalam.

hari ini aku bagaikan
penagih yang gian
menunggu bau-bauan
syurga begermelapan.


dan aku tunggu, tunggu dan tunggu.

dan sebenarnya, bau syurga itu tidak datang dari syurga Tuhan yang berkekalan.

dan aku tunggu dan tunggu terus menunggu

tanpa tahu.



Tuesday, March 11, 2014

kalau lah boleh

aku putar balik masa
dan buang kau 
dari wayang hidup
pudar aku
mungkin 
hati kau tak terguris
dan
sekurang-kurangnya
kau takkan teringat
aku
kalau-kalau luka itu pedih.

Escapism


When the soul howls for an unfulfilled dream, the mind wanders to the most identical parallel stream.

One seeks it in a garden, on a tree, under the sea, across the street, below the dome, under the sheet.
I seek it not in those, but in this.

Tarantula’s bite might not be as venomous as compared to the venom of joy of getting away from reality.

Hide and seek is not for the feeble heart, as it requires courage to hide and creates a verdict. It is either to be lost forever in the midst of loneliness or to be found with half-battered pride.


Sims is not an obsession, no, it is an exit door to the land of unicorn and Oz.





Tuesday, February 18, 2014

freakin' kaleidoscope

when I opened my mouth
to you
the words went through a 
kaleidoscope.

They jumbled up
tossed around
became upside down
and multiplied.

That is why 
you never get it.
and you never will.


no thanks to me and my stupid kaleidoscopic mouth.