~jangan singgah kalau tak masuk~

"when my hand start talking, my tongue could only listen. "

Tuesday, February 28, 2012

Ceritera Pukul Lapan Pagi waktu Malaysia


Malam semalam hajat dihati mahu bangun pagi nanti 
dengan perasaan yang manis-manis, 
yang indah-indah.

Tapi, bila bangun pagi ini 
bukan setakat tak manis dan tak indah,
kelat, pahit, payau semua ada.



Inilah masalahnya kalau mengharap terlalu tinggi sebelum tidur,
selalunya realiti pagi bercanggah dengan fantasi malam.



Patutnya aku mengharap pagi ini aku bangun
dengan perasaan kelat dan kecewa malam semalam.
Mesti aku bangun-bangun aje pagi ini 
aku dah terbang ke syurga.




Cis. 


pengakuan ikhlas dari kalbu suci tanpa dendam


tak, memasak tu bukan hobi aku
aku masak kalau aku lapar je.




p/s: ya, aku tau aku selalu lapar.

Wednesday, February 22, 2012

nikmat Tuhan

suria itu terbit
perlahan-lahan
ke atas awanan.

warna jingga
kuning
merah jambu
biru
putih
bercampur bagaikan warna air di atas
palet seorang pengkarya.

dia 
bukan gadis yang bebas
berkelana menjelajahi 
alam fana.

namun
syukur
dia bersyukur
dia dapat menikmati keindahan suria
dari jendela 
sebuah kamar kecil 
yang menjadi tempat
tercipta cita-cita.

dia bersyukur dia tidak buta

dia bersyukur 
dia masih dapat memuji kebesaranNya.

Saturday, February 11, 2012

tanggungjawab

Aku khalifah muka bumi.
Aku tahu.
Kau juga khalifah muka bumi.
Kau juga tahu.
Aku tahu tanggungjawab aku.
Aku harap, kau juga tahu.


Aku tahu dunia ini tak kekal.
Aku tahu akhirat itu selama-lamanya.
Aku tahu segala amalanku akan di hisab.
Aku tahu syurga itu sememangnya indah
lagi menawan.
Aku tahu neraka itu sememangnya pedih
lagi azab.
Aku tahu dosa, maksiat dan perkara lagha 
sangat mudah untuk diperolehi.
Aku tahu iman dan hidayah juga 
sangat mudah diperolehi
atas sifat Ar-Rahman-Nya.
Aku tahu jika kita dekatkan diri kita pada-Nya 
sejengkal,
dia akan dekatkan diri-Nya pada kita 
sehasta.
Aku tahu azab yang paling pedih ialah 
apabila 
Dia menarik nikmat iman dan hidayah dari kita,
dan kita takkan dapat lihat kemungkaran 
di depan mata,
lalu
kita membenarkan diri kita melakukan kemungkaran.
Aku tahu Rasulullah itu manusia
paling mulia
disisi-Nya,
tapi  seluruh hidupnya dia 
bersederhana dan tidak bermegah
serta sentiasa merendah diri.
Aku tahu EGO telah menyebabkan neraka jahannam
bertambah ahlinya,
siapa tidak kenal Iblis?
sedangkan bapa saudara Rasulullah s.a.w,
Abu Talib,
menolak iman kerana ego,
balasannya? Api Neraka.

                    Sahabat yang ku sayangi,


Aku harap kau juga tahu apa yang aku tahu.
Aku harap kita sama-sama memanfaatkan ilmu
yang kita tahu.


InsyaAllah.





Sunday, February 5, 2012

What is double D?

simple.
double D stands for Dangerous Driver.
which I am-a double D that is.
why?
very simple.

I drive
  when I'm sleepy,
  when my eyes is irritated
       that I can't see the road clearly,
  when my head is not focus
       or simply said I'm daydreaming,
 when at the neighborhood area
       I rarely wear seat belt,
 when I have no idea which way
       should I go.

never I drink and drive.
or sleep and drive.
or forgot to recite doa before using a vehicle.
or I ransom the JPJ inspector to get my license.

but, what to do?

I'm a Natural Born double D to the core.


p/s: for anyone who're willing to be my passengers, you have to know that I'm really grateful for your bravery. May Allah bless your soul. Believe me you're gonna need it. ;)