~jangan singgah kalau tak masuk~

"when my hand start talking, my tongue could only listen. "

Tuesday, May 22, 2012

Stereotaip itu Aneh

               Cerita aku ni berkisar pasal aku. Pada suatu petang di suatu tempat yang tak jauh darisuatu Universiti tempat aku belajar. Biar aku mulakan cerita.


(Kau ulang sendiri ayat kedua perenggan di atas.) Aku nampaksebuah gerai yang menjual buku-buku.


Aku tertarik.


Sebab buku-buku tu nampak nipis dan kulit luarnya juga menarik.


“Buku kalau nipis selalunya murah je harganya” tiba-tiba teringat kata-kata nenek aku. Aku iyakan aje.


Aku pun berdiri depan gerai. Jenguk-jenguk apa yang ada.Betullah tu. Memang gerai jual buku bukan jual majalah hiburan atau majalah terlarang.


“Bang, gerai ni jual buku eh.” aku sapa brader gerai. Biasalah, orang Malaysiakan suka berbasa basi.



“Yelah. Kau ingat gerai jual tembikai potong dengan air kelapa muda aje ke yang wujud kat Malaysia ni?” balas brader tu sarkastik.



Ya. aku tau  budak taksekolah pun tau brader tu sarkastik.



                Tapi sekejap. Mungkin brader tu rasa akuyang sarkastik bila aku sapa dia tadi? Ini stereotaip fikiran manusiakah? Rasa tak selamat yang membuahkan rasa prejudis dan prasangka?



Ahh! Abaikan. Balik ke cerita gerai buku.



“Bang, penulis ni takde buat buku lain ke?” kebetulan dulu aku pernah beli buku yang dijual brader tu kat tempat lain.



“ Tu yang bawah tu..” dia tunjuk ke arah timbunan buku berdekatan dengan aku.



“ Eh.. bukan dia ni, penulis yang sorang lagi ni.” Aku tunjuk nama salah seorang penulis buku yang aku dah pernah beli tu.


                Tapi sekejap. Apa brader tu ingat aku ni rabun sangat ke, tak nampak buku yang mungkin aku cari ada kat depan mata?Sebab tak ada lah baru aku tanya! Ini juga stereotaip manusiakah? Ingat aku ni pemalas sangat sampai nak belek nama penulis buku-buku nipis ni pun aku tak mahu?



Ahh! Abaikan jelahh. Balik ke brader gerai buku.




“ Ohh..dia ni tak menulis dah. Dia pelukis. Tengah sibuk buat benda lain lah tu..” brader tu jawab siap dengan informasi bonus lagi.



“Lah..macam tu ke? Saya minat betul dia ni.” Aku buat muka hampa.



“ Dah minat sangat nanti abang bagi nombor dia. Mau? Dia ni member abang. Manalah taukan,tengok-tengok jodoh korang ada..” Brader tu angkat-angkat kening sambilgelak-gelak kecil.



Kejadah. Ini stereotaip manusia jugak ke? Suka suki buat andaian ikut kepala hotak sendiri?



Ahh! Abaikan buat kesekian kalinya. Yang penting aku tau abang ni punya  sense of humour memang layak dipijak-pijak.


“Bang, kalau saya cakap saya minat. Saya minat jelah. Kalauada sejuta penulis yang saya minat. Saya kena kahwin dengan sejuta orang ke?” aku cakap dalam hati.



               Tapi sekejap. Ini stereotaip manusia juga bukan? Dalam hati kutuk berbakul. Di wajah tersenyum simpul?



Aneh manusia ni.




Shah Alam

Ruang Tamu

                Bila kau tiba-tiba ada ilham dan ilham kau tu asyik berpusing-pusing dalam otak kau macam kaset  yang stuck dalam radio secondhand  yang lagi dua hari nak rosak, kau pun buat keputusan untuk paterikan dalam bentuk visual tulisan supaya kau dan kawan-kawan baik kau (yang sudi dengar ilham bodoh kau) dapat baca dan hayati ilham kau tu banyak kali.


(Kau boleh saja paterikan ilham kau dalam bentuk audio atau visual lukisan. Tapi kau sedar, kau tak ada perakam suara, suara kau pulak kalau kau bertanding dengan katak mungkin boleh ada peluang 2 peratus untuk menang, dan kalau dalam bab melukis, kau hanya mampu lukis gambar rumah yang orang boleh salah sangka sebagai contengan abstrak. )


Kau akan mula ambil apa-apa medium (buku pen, laptopcharger, cpu monitor keyboard, ipad, kulit kayu pensil arang, pasir ranting kayu, batu nisan penukul pengukir batu) untuk memulakan penulisan.


Kau cari port yang selesa untuk kau curahkan ilham kaset-radio-rosak kau.

Kau nampak ruang tamu yang besar (sekurang-kurangnya lagi besar dari keluasan tandas kau).


Kau rehatkan diri kau dalam gaya bebas dekat ruang tamu tu.(kecuali gaya tergantung dari siling sebab nanti darah kau penuh kat otak dankau akan mati dulu sebelum ilham kau dipaterikan untuk kebaikan generasi akan datang. Kau jangan berangan kau Spidermanlah manusia.)


Kau mula gerakkan tangan (atau kaki kalau kau suka) untuk mula paterikan ilham.
                dan Kau tiba-tiba menjerit






"Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarrrgghhhhhh!"




 
Kau dah lupa ilham kau tu.
dan kau mula reka cerita yang bertajuk “Ruang Tamu”.



Mac, Shah Alam.

luas

bayangkan sawah padi
luas terbentang
tanpa penghujung.


bayangkan langit
membiru
tiada sempadan.

 
 
bayangkan laut
yang begermerlapan
tatkala
sang mentari menyapa lembut
tanpa kelibat pantai.
 
 
 
 

luas. permai. indah.


“bayangkanlah”
kata si ibu tua kepada anaknya
sebelum mereka pejamkan mata
di atas tilam ilusi
di kaki lima sebuah lorong lama.

Monday, May 14, 2012

cuba kau sebut?


dalam dunia ada ada banyak jenis sakit.
Antaranya?

sakit bila 
kuku kaki kau 
tercabut.

SAKIT GILA.

tapi yang lagi sakit
 bila kau cuba nak minta simpati orang
kau tersasul nama sakit kau tu.

Bukan senang nak sebut

"Semalam kan,
kuku kaki aku 
tercabut.
Sakit kut!"

dalam sekali nafas.

Cuba kau sebut.