~jangan singgah kalau tak masuk~

"when my hand start talking, my tongue could only listen. "

Monday, October 3, 2011

Bilik Mengantuk

Bilik itu, bilik mengantuk.
Auranya, harumannya, semuanya
mengantuk.

Selangkah sahaja ke dalam,
kepala memberat, mata
ikut sama memberat,
kerana,
bilik itu bilik mengantuk.

Desir bayu dingin
yang tidak jemu menjenguk,
menambahkan lagi aroma
bilik mengantuk.

Jangan sampai tertipu kawan,
terleka,
dengan helah dan tipuan
bilik mengantuk.





p/s: seriously bilik tu bahaya. jejak je kaki confirm terus pengsan.............
atas katil. ehehs.