~jangan singgah kalau tak masuk~

"when my hand start talking, my tongue could only listen. "

Tuesday, May 22, 2012

Stereotaip itu Aneh

               Cerita aku ni berkisar pasal aku. Pada suatu petang di suatu tempat yang tak jauh darisuatu Universiti tempat aku belajar. Biar aku mulakan cerita.


(Kau ulang sendiri ayat kedua perenggan di atas.) Aku nampaksebuah gerai yang menjual buku-buku.


Aku tertarik.


Sebab buku-buku tu nampak nipis dan kulit luarnya juga menarik.


“Buku kalau nipis selalunya murah je harganya” tiba-tiba teringat kata-kata nenek aku. Aku iyakan aje.


Aku pun berdiri depan gerai. Jenguk-jenguk apa yang ada.Betullah tu. Memang gerai jual buku bukan jual majalah hiburan atau majalah terlarang.


“Bang, gerai ni jual buku eh.” aku sapa brader gerai. Biasalah, orang Malaysiakan suka berbasa basi.



“Yelah. Kau ingat gerai jual tembikai potong dengan air kelapa muda aje ke yang wujud kat Malaysia ni?” balas brader tu sarkastik.



Ya. aku tau  budak taksekolah pun tau brader tu sarkastik.



                Tapi sekejap. Mungkin brader tu rasa akuyang sarkastik bila aku sapa dia tadi? Ini stereotaip fikiran manusiakah? Rasa tak selamat yang membuahkan rasa prejudis dan prasangka?



Ahh! Abaikan. Balik ke cerita gerai buku.



“Bang, penulis ni takde buat buku lain ke?” kebetulan dulu aku pernah beli buku yang dijual brader tu kat tempat lain.



“ Tu yang bawah tu..” dia tunjuk ke arah timbunan buku berdekatan dengan aku.



“ Eh.. bukan dia ni, penulis yang sorang lagi ni.” Aku tunjuk nama salah seorang penulis buku yang aku dah pernah beli tu.


                Tapi sekejap. Apa brader tu ingat aku ni rabun sangat ke, tak nampak buku yang mungkin aku cari ada kat depan mata?Sebab tak ada lah baru aku tanya! Ini juga stereotaip manusiakah? Ingat aku ni pemalas sangat sampai nak belek nama penulis buku-buku nipis ni pun aku tak mahu?



Ahh! Abaikan jelahh. Balik ke brader gerai buku.




“ Ohh..dia ni tak menulis dah. Dia pelukis. Tengah sibuk buat benda lain lah tu..” brader tu jawab siap dengan informasi bonus lagi.



“Lah..macam tu ke? Saya minat betul dia ni.” Aku buat muka hampa.



“ Dah minat sangat nanti abang bagi nombor dia. Mau? Dia ni member abang. Manalah taukan,tengok-tengok jodoh korang ada..” Brader tu angkat-angkat kening sambilgelak-gelak kecil.



Kejadah. Ini stereotaip manusia jugak ke? Suka suki buat andaian ikut kepala hotak sendiri?



Ahh! Abaikan buat kesekian kalinya. Yang penting aku tau abang ni punya  sense of humour memang layak dipijak-pijak.


“Bang, kalau saya cakap saya minat. Saya minat jelah. Kalauada sejuta penulis yang saya minat. Saya kena kahwin dengan sejuta orang ke?” aku cakap dalam hati.



               Tapi sekejap. Ini stereotaip manusia juga bukan? Dalam hati kutuk berbakul. Di wajah tersenyum simpul?



Aneh manusia ni.




Shah Alam